Followers

Friday, March 18, 2011

mcm nilah . ~,~

Kepada yang mengetuk pintu hati yang terkuak
Asyikku takkan luak
Sampai jantungku tak berdetak
Menghitung detik tanpa muak
Kerana di situlah kau terletak
Sehingga seluruh tubuhku habis rosak
Takkan kulupa walau bercerai talak
Kau hanya mampu tergelak
Aku ditolak
Sering ditempelak
Baru kusedar diri ini tidak layak

Sekian lama, hadir insan kedua
Mungkin dia yang teristimewa
Membuka pintu yang terkunci itu dengan hanya kata-kata
Ucapan salam sebagai pembuka
Pandanganku terpahat kepada si dia
Tapi kini aku kembali dalam dilema
Sahabatku menyayanginya
Lebih daripada segala apa
Di dunia maya yang fana
Kucoret gambarmu dengan sempurna
Tapi bukan dengan mata pena
Kerana aku berharap lukisan itu lenyap bersama masa
Seperti kasihku kepadamu yang ingin aku lupa
Aku masih mencuba
Aku masih mencuba
Adakah akan terdaya?
Adakah aku terpedaya?
Dengan muslihat dan tipu daya?
Senyumanmu mempesona
Bakal hilang di pandangan mata
Bila aku sudah tiada
Tiada lagi gelak ketawa
Tiada lagi gurau senda
Aku akan menjauh kerana diri ini tiada makna... 

p/s : sorry aku curik note kau tp , bnde ny related ckit ngn aku . tkpe kan ^.^ .

No comments:

Post a Comment