Followers

Sunday, June 5, 2011

malu bukan hanya pada nama . :]

Assalamualaikum ! heyy . da lme ta jmpe ye tak (~,~') . haha , maaf , agak sengal arini . okeyh , sekarang , stress suda makin kurang , homework sudah makin menipis , jadi sekarang mau relax sikit-sikit . hee . (bwu jehh lps mkn tghr =.='  --> sadis bila ada adik yang addicted to korean . tak boleh mintak tolong buat kerja langsung ! haish .)


okay baiklah . senanye hamba na cerita pasal lain tapi tiba-tiba idea uh tanak keluar pulak . so , go on with the story . (i took this from my friend's note) hope you enjoy it .  :D


HANYA PASAL MALU . MALU ITU FITRAH , MALU ITU INDAH . SESIAPA YANG TAK TAHU MALU MAKA BUATLAH APA YANG KAMU MAHU (qaulul hukama') .



Okehh okehh, hari ini tiba-tiba terasa nak share-share info tentang perasaan / sifat malu. Saya tahu, luar sana ramai yang pemalu-malu belaka... Ada juga yang tak tahu malu, *hooho. So, apa pendapat anda mengenai malu? Ada manusia yang malu bak pohon semalu, baru disentuh, terserlah malunya dengan serta merta. Ada pula yang malu bak siput, bila disentuh terus sembunyi, erkkk? Hantam aje laaa...

Mari sama-sama ambil tahu tentang malu. Huuhu, at least, jangan asyik tak tahu malu saja. Lalalalaa~

                                                  -------------------------------------------------------------

Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Ini adalah kerana dalam konsep malu dan segan ini sebenarnya terkandung satu sisitem nilai dan kepercayaan sesebuah masyarakat itu.





Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 lapis pengertian, iaitu:
- Malu Sebagai Perasaan
- Malu Sebagai Tanda Harga Diri
- Malu Sebagai Fungsi Kawalan Sosial



Kesimpulan;
Malu satu emosi yang negetif bagi orang keseorangan. Tetapi ia merupakan aspek yang positif dalam kehidupan bermasyarakat, kerana perasaan malu dapat mengawal orang keseorangan supaya tidak menyeleweng daripada norma masyarakat dan sekaligus dapat membentuk satu suasana sosial yang lebih harmoni. Oleh itu sikap tahu malu seharusnya dipupuk dalam masyarakat kita.



Daripada Ibnu Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan."


tu je kot buad mase nh . *heyy , okeyh , manghrib sudah kunjung tiba . mau off dulu . nanti singgah lagi ea ^^ . 

regards : imny.hlovate .


No comments:

Post a Comment