Followers

Monday, August 29, 2011

doa SANG PENCINTA . n,n

Allah yang Maha Pemurah…

Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan saya dengannya.

Terima kasih untuk saat – saat indah yang dapat kami nikmati bersama.


Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama.


Saya datang bersujud dihadapanMU…

Sucikan hati saya ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidup saya.

Ya Allah, jika saya bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan saya merindukan kehadirannya… janganlah biarkan saya, melabuhkan hati saya dihatinya.. kikislah pesonanya dari pelupuk mata saya dan jauhkan dia dari relung hati saya…


Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus, murni… dan tolonglah saya agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk saya…ya Allah tolong satukan hati kami…bantulah saya untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya…berikan saya kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya…


Ridhoi dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima saya dengan segala kelebihan dan kekurangan saya sebagaimana telah Engkau ciptakan


Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh – sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka saya dengan dia…


Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doa saya ini…lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU…


Allah yang Maha kekal, saya mengerti bahwa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untuk saya…luka dan keraguan yang saya alami, pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajarkan saya untuk hidup makin dekat kepadaMU untuk lebih peka terhadap suaraMU yang membimbing saya menuju terangMU…


Ajarkan saya untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan….

Jadikanlah kehendakMU dan bukan kehendak saya yang menjadi dalam setiap bagian hidup saya…

jgn jilat perekat sampul surat anda !

“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
 

Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.
 

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.
 

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang
dijilatnya. Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

 Andy Humes menulis: “Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”
 “Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”


 “Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.” “Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.  “Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

250 fakta menarik .

1. Sebelum Masehi di dalam bahasa inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini)



2. Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja



3. Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman



4. Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23



5. Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta



6. Perut memproduksi lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak tercerna organnya sendiri.



7. 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.



8. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya



9. Deklarasi Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana



10. Titik diatas huruf i disebut ‘title’



11. Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas



12. Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.



13. Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun). di Itali, 17 adalah angka sial. Di Jepun angka sial adalah 4



14. Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm



15. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari



16. Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari



17. Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.



18. Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.



19. Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada diri sendiri)



20. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus



21. Orang German cuba untuk meniru Coca-cola dan menghasilkan Fanta



22. Seumur hidup kita meminum air sebanyak lebih kurang 75,000 liter



23. Setiap orang, termasuk kembar, cop jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.



24. Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.



25. Seorang lelaki kehilangan 40 helai rambut tiap hari. Wanita pula 70 helai sehari.



26. Tanda ’save’ pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik



27. Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).



28. Unta punya 3 kelopak mata.



29. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa tumbuh 2 sampai 6 tahun sebelum diganti dengan rambut baru



30. Seseorang itu masih di dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal



31. Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat kita berkedip. kita boleh berkedip 5 kali dalam sedetik



32. Coklat dapat membunuh anjing, kerana ianya mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya



33. Tanpa dicampur air liur di dalam mulut, kita tidak akan merasakan rasa makanan



34. Kuku di jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku kaki



35. 13% orang di dunia adalah kidal



36. Hampir semua lipstik mengandungi sisik ikan



37. Bayi yang baru lahir berat kepalanya 1/4 dari berat tubuhnya



38. Kita sebenarnya melihat dengan otak. mata hanya merupakan kamera yang mengirim data ke otak. 1/4 bagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata



39. Kala jengking boleh dibunuh dengan menyiramnya dengan cuka. Bila terkena cuka, kala jengking akan marah dan menyengat dirinya sendiri



40. Pada tahun 1830an, sos tomato dijual sebagai ubat.



41. Tiga monyet bijak punya nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).



42. India mempunyai Undang-undang hak untuk lembu



43. Jika anda bersin terlalu kuat, anda dapat meretakkan tulang rusuk. Jika anda cuba menahan bersin, anda boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah, dan akan menyebabkan kematian. Jika memaksa mata terbuka sewaktu bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya.



44. Nama negara Filipina berasal dari nama Raja Phillip



45. Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud



46. Kanak-kanak mempunyai 20 gigi awal. Orang dewasa punya 32.



47. Seorang ayah lebih cenderung mengukur ketinggian anaknya, manakala ibu pula mengukur berat anaknya



48. Setiap pusingan 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Pusingan ini dinamakan “Solarmax”.



49. Ada 318,979,564,000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.



50. Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi



51. Harimau adalah yang terbesar dalam keluarga kucing



52. Nombor “172″ boleh didapati di wang kertas 5 dollar amerika, pada gambar semak-semak dibawah Lincoln Memorial.



53. Pohon kelapa membunuh 150 orang tiap tahun. Lebih banyak daripada ikan yu



54. Pada poster film ‘Pretty Woman’ Julia Robets terlalu pendek untuk jadi sejajar dengan Richard Gere. Maka mereka menggunakan model Shelley Michelle sebagai tubuh Julia.



55. Daerah kutub kehilangan matahari selama 186 hari dalam setahun



56. Kod Telefon Internasional untuk Antartica adalah 672.



57. Bom pertama sekutu dijatuhkan di Berlin pada perang dunia ke II. Membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.



58. Rata-rata hujan jatuh dengan kecepatan 7 batu sejam



59. Leonardo Da Vinci memerlukan masa 10 tahun untuk melukis Mona Lisa. Lukisan itu tidak ditandai dan di beri tarikh. Leonardo dan Mona mempunya susunan tulang yang persis sama dan menurut laporan x-ray, ada 3 versi lukisan dibawah lukisan itu.



60. Nama dari kembar gemini adalah Castor dan Pullox



61. Gerakan Bruce Lee sangat cepat sehingga mereka harus melambatkan filem agar kita dapat melihat semua gerakannya.



62. Satu kilo dari berat badan kita mengandung 7000 kalori



63. Darah sama pekat dengan air laut



64. Air laut di lautan Atlantik lebih masin dari pada di lautan Pasifik



65. Topeng tokoh Michael Myers di film horor ‘Helloween’ sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk (Star Trek) yang di cat putih - mereka kekurangan modal.



66. Nama asli butterfly (kupu-kupu) adalah flutterby.



67. 1 bayi lahir setiap 7 saat



68. Satu dari 14 wanita Amerika berambut perang asli. Lelaki pula hanya satu dari 17



69. The Olympic adalah saudara dari kapal Titanic, dan berlayar dengan selamat selama 25 tahun.



70. Saat Titanic karam, 2228 orang ada di dalamnya. Hanya 706 yang selamat



71. Di Amerika, seseorang dikenalpasti menderita AIDS tiap 10 minit. Di Afrika, seseorang meninggal karena AIDS setiap 10 minit



72. Sampai usia 6 bulan, bayi boleh menelan dan bernapas secara serentak. Orang dewasa tidak boleh melakukannya



73. Alasan kenapa di iklan jam kebanyakan jarum menunjuk pukul 10.10, karena jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum



74. Seiap tahun bulan menjauh 3.82cm dari bumi



75. Saat kita bertahan hidup dan tidak ada bahan makanan, kasut adalah makanan terbaik untuk dimakan karena mengandungi cukup gizi untuk hidup buat sementara waktu.



76. Dalam satu titis air, mengandungi 50 juta bakteria



77. Dengan menaikkan kaki prlahan-lahan dan berbaring tenang dengan punggung lurus, kita tidak akan tenggelam di pasir selut.



78. Satu dari 10 orang hidup di suatu pulau



79. Memakan saderi membuang kalori lebih banyak dari pada kalori yang terkandung dalam saderi itu sendiri



80. Lobster dapat hidup selama 100 tahun



81. Gula-gula getah tidak dijual di Disney Land



82. Mangunyah gula-gula getah sewaktu kita mengupas bawang mencegah kita daripada menangis



83. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan



84. Nama Artic (kutub utara) bermaksud beruang dalam bahasa Yunani (Arktos), dan memang beruang kutub hanya ada di kutub utara



85. Jika kira berdiri di dasar perigi, kita boleh melihat bintang walaupun di siang hari



86. Suara yang kita dengar dari dalam kerang bukan suara ombak laut, tapi suara aliran darah dalam kepala kita.



87. Kebanyakan manusia yang menderita ketakutan pada ruang terbuka (kenophobia) daripada ketakukan pada ruang tertutup (claustrophobia) .



88. Teknik mengacau terbaik bukan dengan gerakan memutar, tapi dengan gerakan huruf W



89. Adegan band yang terus bermain muzik saat Titanic tenggelam adalah kisah nyata



90. Buku Guinness Book of Records memegang rekod sebagai buku yang paling banyak dicuri ari perpustakaan



91. 35% dari orang yang mencari jodoh melalui internet, sudah menikah



92. Coca-Cola dulu berwarna hijau



93. Secara fizikal, babi tidak boleh mendongak ke langit



94. Semua beruang kutub kidal



95. Kelelawar selalu belok ke kiri jika terbang keluar dari gua



96. Jim Henson pertama kali memakai kata “Muppet”. Kombinasi dari “marionette” dan “puppet.”



97. Gajah satu-satunya haiwan yang tidak boleh meloncat



98. The Michelin man (figure berbaju dan bertopi putih di iklan Michelin) bernama Mr. Bib. Nama aslinya Bibendum pada iklan pertama tahun 1896.



99. Kita tidak boleh menjilat siku kita sendiri



100. Kata “lethologica” menggambarkan saat dimana kita tidak boleh mengingati apa yang kita inginkan.



101. Sekitar 14% penagih yang menggunakan jarum suntik, positif HIV.



102. Kalimah yang boleh dibaca sama dari depan dan belakang (racecar, kayak, tamat) disebut “palindrome” .



103. Siput boleh tidur selama 3 tahun



104. Diatas khatulistiwa melintas sekitar 200 satelit asing, termasuk satelit mata-mata



105. Orang di Cina lebih banyak yang berbahasa Inggeris daripada orang di Amerika



106. Kerana pengaruh putaran bumi, kalau kita melempar kearah barat, lemparan kita akan lebih jauh jatuhnya daripada kearah timur



107. Satu dari 9000 orang menderita albino



108. Keursi elektrik dicipta oleh seorang doktor gigi



109. Kita menyambut ulang tahun bersama 9 juta orang dari seluruh dunia



110. Setiap manusia dalam seumur hidupnya rata-rata dihabiskan untuk menunggu dilampu merah selama 2 minggu



111. Botol air mineral dan tempat pembungkus plastik baru hanya akan terurai dengan sempurna dalam tanah setelah 50,000 tahun



112. Kucing boleh membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya boleh dalam sekitar 10



113. Gigi memerang tak pernah berhenti tumbuh



114. Kelelawar adalah satu-satunya mamalia yang boleh terbang



115. Jika patung Barbie adalah manusia, ukurannya adalah 39-23-33 (99-58,5-84cm). Tingginya sekitar 215cm dan punya leher 2 kali lebih panjang daripada manusia normal



116. Tikus beranak pinak sangat cepat dan dalam waktu 18 bulan, dua tikus dapat memiliki lebih dari 1 juta keturunan.



117. Memakai Headphone selama 1 jam dapat mengembang biakkan bakteri dalam kuping 700 kali lebih cepat.



118. Seekor Babun bernama ‘Jackie’ menjadi prajurit rasmi dalam angkatan bersenjata Afrika Selatan pada Perang Dunia Pertama



119. Kapal submarine German World War II karam hanya kerana kerosakan pada tandsanya.



120. Jantung ikan paus biru berdenyut 9 kali dalam seminit



121. Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.



122. Kupu-kupu melihat dengan 12000 mata



123. Bulan February tahun 1865 adalah satu-satunya bulan dalam catatan sejarah yang tidak sempat mengalami bulan purnama.



124. Ayam yang sudah terpenggal lehernya masih mampu berlari sepanjang padang bola sebelum benar-benar mati.



125. Lipas boleh hidup 9 hari tanpa kepala, dan akan mati kerana kelaparan



126. Di Bumi, satu tahun adalah 365 hari. Di planet Merkurius satu tahun adalah 2 hari



127. Umur pepatung (dragonfly) adalah 24 jam



128. Secara purata, seorang budak berumur 4 tahun bertanya 437 soalan sehari.



129. Memrlukan waktu 6 bulan untuk kuku kaki tumbuh dari yang paling bawah sampai ke hujung kuku.



130. Daya ingatan ikan hanya 3 saat



131. Bulan purnama 9 kali tebih terang daripada bulan setengah.



132. Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda mengangkat, maka orang tersebut tewas dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut meninggal karena luka dalam pertempuran, jika 4 kakinya menginjak tanah, orang tersebut meninggal secara normal.



133. Beruang dewasa boleh lari sepantas kuda



134. Tulang kuda lebih banyak 18 buah dari tulang manusia



135. Obur-obur terdiri dari 95% air



136. Kulit kuda belang adalah putih yang bergaris hitam



137. Kecuali manusia dan monyet, semua mamalia buta warna



138. George Washington Carver mencipta mentega kacang (peanut butter)



139. Tikus dan kuda tidak boleh muntah



140. Penguin adalah burung yang tidak boleh terbang tapi boleh berenang.



141. Angkasawan dilarang memakan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa kerana jika terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ini boleh membahayakan mereka.



142. Winston Churchill lahir di toilet wanita pada waktu majlis tarian



143. Sebelum ada pesawat jet, Jetlag disebut Boatlag



144. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama saat mendengar gonggongan anjing)



145. Kucing tidak boleh merasakan rasa manis



146. Coklat mencair dalam mulut karena titik cairnya adalah 35 darjah celcius



147. Tisu tandas dicipta pada tahun 1857



148. Lembu tidak mempunyai gigi atas



149. Hedenophobic bermaksud takut akan kesenangan.



150. Pendeta Mesir kuno mencabut setiap helai rambut dan bulu dari badan mereka.



151. Buaya tidak boleh menjelirkan lidah.



152. Kentut lembu termasuk penyebab utama global warming



153. Semut selalu jatuh miring ke kanan jika diberi racun serangga



154. Kucing rumah sangat benci akan bau lemon dan semua yang berbau sitrus



155. Seorang rakyat Amerika mengambil kafein secara purata setahun di dalam jumlah yang boleh membunuh seekor kuda.



156. Seorang manusia boleh hidup selama 11 hari tanpa air.



157. Agen rasa kupu-kupu ada dikakinya



158. Dry Ice tidak meleleh, tapi menguap



159. Mata burung unta lebih besar dari otaknya



160. Tapak sulaiman tidak punya otak



161. Setiap manusia punya telinga yang berbeza



162. Kebanyakkan bahan besi di Amerika digunakan untuk menghasilkan tutup botol daripada menghasilkan badan kapal terbang.



163. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga



164. Kacang adalah salah satu bahan untuk membuat dinamit



165. Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar)



166. RSVP adalah Respondez S’il Vous Plait yang artinya ‘mohon jawapan’



167. Mata manusia yang sihat (tidak buta warna) dapat membezakan 500 jenis warna kelabu



168. Ikan emas yang bunting disebut ‘twit’.



169. Eropah adalah benua tanpa padang pasir



170. Lalat meloncat ke belakang sebelum terbang



171. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga



172. Seekor lebah madu boleh terbang selaju 15 batu sejam



173. Harimau mempunyai kulit yang berbelang, bukan hanya bulu yang berbelang.



174. Nama saintifik bagi 1/100 daripada sesaat ialah "jiffy"



175. Hanya 3 malaikat, Gabriel, Michael dan Lucifer yang disebut dalam injil



176. Kambing mempunya kelopak mata berbentuk segi empat



177. Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah Tom Sawyer



178. Hamster sangat suka makan cengkerik



179. Semasa zaman Peter the Great, setiap lelaki Rusia yang mempunyai janggut dikenakan cukai khas.



180. Rata-rata dalam setiap batang coklat terdapat serangga yang meleleh bersamanya.



181. Tanduk badak terjadi dari rambutnya yang mengeras



182. Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar and England tahun 1896. Zanzibar menyerah setelah 38 minit berperang.



183. Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor



184. Kulit beruang kutub sebenarnya hitam. Bulunya berwarna jernih, dan tampak putih di salji.



185. Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal sewaktu lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudara kembarnya.



186. Landak punya bentuk jari yang mirip manusia.



187. Kuda Nil kentut melalui mulut.



188. Shakespeare ialah orang yang menemukan kata “assassination” dan “bump.”



189. Mahluk yang boleh tersipu-sipu hanya manusia



190. Jika kita memelihara ikan emas dalam ruangan yang gelap, warnanya akan berubah menjadi putih.



191. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.



192. Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan “GP”, bahasa militari untuk General Purpose.



193. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal



194. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg



195. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam



196. “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.



197. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.



198. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.



199. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.



200. 25% dari tulang manusia ada di kaki.



201. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).



202. Kira-kira 100 orang tersedak ballpoint tiap tahun.



203. Jika kita terkunci diruang yang kedap udara, kita akan lebih dulu mati keracunan karbon dioksida daripada kekerangan oksigen



204. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 dari pengelihatan kita dan kehilangan seluruh persepsi tentang kedalaman objek.



205. Berdiri lama tanpa membengkokkan lutuk sama sekali akan membuat kita pengsan



206. Bawang putih yang kita gosok di tumit kaki akan meresap dapat dapat dicium dalam nafas kita.



207. Dengan merentangkan kedua tangan sejauh mungkin, jarak dari kedua hujung tangan adalahsama dengan tinggi kita.



208. Cuti selama sebelas hari bererti kita mempunyai waktu hampir sejuta saat untuk menikmatinya



209. Di dalam filem Silence of a Lamb, watak Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.



210. Di jepun, warung kopi disebut ‘Kissaten’.



211. Merebus telur burung unta memerlukan waktu 40 minit.



212. Jaguar takut pada anjing



213. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari



214. Johnny Deep takut pada badut



215. Ganymede adalah bulan planet Jupiter, merupakan bulan terbesar di tata suria kita, lebih besar dari planet Merkurius.



216. Dalam golf, ‘Bo Derek’ adalah istilah untuk nilai 10.



217. Iceland mengambil Coca-cola perkapita lebih daripada lain-lain negara.



218. Latte dalam bahasa Italia adalah susu



219. Llanfairpwllgwyngyl lgogerychwy rndrobwlll.. . adalah nama sebuah desa di Wales Utara, Inggeris.



220. Di Itali, Micky Mouse lebih dikenal dengan nama ‘Topolino’



221. Susu sebenarnya lebih menyerupai makanan daripada minuman.



222. Ada lebih dari 450 jenis susu di dunia. 240 berasal dari Prancis.



223. Nyamuk lebih suka kanak-kanak daripada orang dewasa.



224. Partikel debu didalam rumah sebagian besar berasal dari sel kulit mati



225. Rata-rata manusia bergerak 40 kali dalam tidurnya



226. Dalam bahasa Inggeris, ‘Naked’ artinya tanpa perlindungan.



227. Broccoli dan kubis bunga adalah sayuran yang berupa bunga.



228. Bayi yang baru lahir memiliki 350 tulang. Mereka menyatu atau menghilang sampai menjadi 206 pada usia 5 tahun.



229. Tidak ada bukti yang pasti siapa yang membangunkan Taj Mahal.



230. Dalam kajiselidik terhadap 200,000 burung unta selama 80 tahun, tidak ada satu pun yang menguburkan kepalanya dalam tanah.



231. Nail Amstrong melangkah pertama kali di bulan dengan kaki kiri.



232. Shuttlecock untuk badminton harus mempunyai 14 bulu.



233. Mutiara boleh larut dalam cuka.



234. Babi tidak boleh berpeluh karena tidak mempunyai kelenjar peluh. Mereka berlumur lumpur untuk mendinginkan kulitnya.



235. Venus dan Uranus adalah planet di tata suria kita yang berputar melawan arah jam. Jadi matahari terbit dari barat di planet ini.



236. Microwave dicipta setelah seorang ilmuan yang berjalan melalui tabung radar mendapati coklatnya meleleh disakunya.



237. Ikan yu kebal terhadap kanser



238. Rusa Santa bernama: Dasher, Dancer, Prancer, Vixen, Comet, Cupid, Donner, dan Blitzen



239. Beberapa jenis cacing pita akan memakan dirinya sendiri jika kelaparan.



240. Kita boleh menghela lembu naik tangga, tapi tidak boleh menghela mereka turun tangga.



241. Plakat yang ditinggalkan Apollo 11 di bulan berbunyi “Here men from the planet Earth first set foot upon the Moon July 1969, A.D. / WE CAME IN PEACE FOR ALL MANKIND.”



242. Kapal Cruise Queen Elizabeth 2, hanya bergerak sebanyak 6 inci sahaja bagi setiap gelen diesel yang dibakar.



243. Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.



244. Bola mata kita beratnya lebih kurang 28 gram



245. Paru-paru kiri lebih kecil dari paru-paru kanan kerana harus memberi ruang kepada jantung.



246. Penguin hanya ada di kutub selatan, dan tidak boleh menyeberangi equator (Garisan tengah bumi).



247. Kebanyakan orang boleh mendengar lebih baik dengan kuping kanan



248. Vitamin pada buah biasanya terdapat pada kulitnya



249. Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.



250. Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

NURSE yg chantek ! ^^'

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan...



Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya. Merasa kehairanan, nurse itu bertanya "Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"



Feddy tersenyum malu dan berkata, " Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...



Feddy gembira dan berkata, "iya... iya, saya masih single".



Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi, Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit. Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.



Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".



Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

seksanya kami disini (di alam barzakh) .

jika kamu tahu apa yang saya tahu... tentu kamu akan banyak menangis(pinjam ayat rasulullah jap kerana aku manusia biasa dan tidak layak untuk berkata2 begitu..kepada Allah aku memohon ampun) kerana Allah dah bagi petunjuk tu pada saya... maka skrg saya faham maksud kata2 rasulullah itu....kamu tau tak apa ahli kubur skrg kena... mereka kena azab tanpa berenti dan menjerit2 meminta doa kepada anak mereka... dengan kata2 lebih kurang maksud yang saya dengar melalui peyampaian "Ya Allah maafkan lah aku kerana aku tak bimbing mereka kejalan yag benar(anak2 isteri, jiran dan sahabat2) aku sakit kena azab ini... ya allah ampunkan lah aku... Anak anak ku tolong lah doakan untuk ayahmu ni... bapak tak tahan kena azab kubur" menangis saya... dan sedih saya taip ni.... kerana ummat muhammad menderita skrg ni... tak faham maksud islam sebenar... sama juga lah saya satu ketika dulu... yang saya ni jahil dan banyak melakukan dosa....(ya allah ampunilah aku...)



sahabatku...awak tahu tahu tak... yang mana anak anak mereka dan isterinya tak menjaga auratnya...(bagi anak perempuan dan anak lelaki dan isterinya) selagi itulah bapa atau suami mereka kena azab atas kesalahan tak bimbing...dengan ungkapan ayat "Ya Allah maafkan lah aku kerana aku tak bimbing anak anak aku dan isteri aku... sesungguhnya aku tidak tahu siksaan yang amat dasyat sebegini seperti guruh dan panahan petir di badanku... Ya Allah aku sakit kena azab ini sakit yang teramat sangat... ya allah ampunkan lah aku... Anak anak ku tolong lah doakan untuk ayahmu ni... bapakmu tak tahan kena azab kubur"(kata kata yang sentiasa diulang...) INGAT ALLAH MAHA MENUNAIKAN JANJINYA dan sahabat kamu tahu tak... kenapa ada anak2 jahat... itu adalah kerana ibu bapanya tak taat pada Allah dengan seikhlasnya(dari hati) dan jika ada ibu bapa yang taat pun ada anak mereka yang jahat... itu adalah kerana mereka tak mendidik anak mereka dengan yakin pada Allah maka Allah beri mereka ujian sebegitu.... (azab kubur adalah rahsia... kerana itu adalah salah satu maksud qadaq dan qadar yang mana kita kena percaya dan beriman padanya... tapi bila Allah dah bagi petunjuk jangan lah mensia siakan nya... sesungguhnya ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG... KERNA ITULAH KAMU DAPAT PETUNJUK SUPAYA KAMU SEMUA TIDAK KE NERAKA. betapa hebatnya kuasa Allah agar ummat muhammad menuju kejalan kebenaran maka dia memberikan petunjuk... syukur dan terima kasih ku ucap pada mu ya allah.)



akhir sekali maafkan lah segala kata kata ku ini jika ada yang menyinggung pihak perempuan terutamanya mengenai aurat.... kasihankan lah pada bapa2 mu agar tidak di azab.... kerana setiap kali org ramai melihat aurat kamu... selagi itulah bapa2 mu akan diazab... dan maafkan lah aku sekali lagi kerana berkata2 secara terbuka... sesungguhnya ahli neraka akan ditanya... adakah org yang menunjukkan padamu jalan kebenaran (lebih kurang maksud tafsiran rujuk surah al mulk ayat 8) dan ahli neraka akan berkata ada... tapi kami mengolok ngolok kan nya..(lebih kurang maksud tafsiran rujuk surah al mulk ayat 9)



dan sekali lagi kepada semua sahabat ku disini.... maafkan lah aku.... (padamu ya Allah aku memohon ampun dan taubat) sesungguh nya aku berasal dari seorang manusia yang jahil,hina dan dina dan mendapat petunjuk allah ke jalan yang benar... bila dah dapat hidayah Allah jangan lah mensia siakan nya seperti aku suatu ketika dulu.... kenalah sentiasa berpesan pesan mengenai kebenaran dan sabar walaupun dikeji dan dicaci... (oh... pada mu Ya Allah tempat aku berlindung)



Ps: hanya binatang dan tumbuhan sahaja yang ada kelebihan mendengar azab kubur.

ke hadapan biddariku ~

Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..



sumber:http://www.facebook.com/pages/MaafSaya-x-Suka-Tengok-Gambar-Awak-yg-X-Menutup-Aurat-Tu-Berdosa-Nanti/166812146711892

warkah buad bakal isteri ;)

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I… menulis ini adalah kerana kehendak hati I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.





So, wahai my future wife(s)

I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.





My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 dulang emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan makam-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.





My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don’t trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

andai dia pergi dlu sblm mu ,,

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah ”pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW.Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam ”kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakaratul yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat , ana abdullahi walan yudhi’ani , aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

- Artikel iluvislam.com

izinkan abang utk berkahwin 1 lagi ~

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?





Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.



“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,”sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.”







Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.







Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”





Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…



Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.



1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…



3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung…hmmm.. Aliyah sayangkan Abang…

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abang…

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai…air tangan Aliyah.



Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

Sunday, August 28, 2011

HAPPY EID DAY !

jari uh bukan cm REGENERATION , patah tumbuh elg bergnti ,, tp cm KAMIKAZE . berani mati ! so , na ckp nh .. jgn main mercun ! ;D .
*Selamat Hari Raya Aidilfitri ,,
mintak maaf dr ujung lipatan tudung hingga ujung stokin .
pray for my success , SPM 11 A+ , insha-Allah ,, :) 


dehearty_roses . 

Saturday, August 27, 2011

happy eid day !

hari ny , BALIK !! :D 

b4 balik uh , my fren and i scrolling down to staff room to greet teahers > Selamat Hari Raya . mnx maaf sbb pena tertido kt kls ckgu dlu ,, halalkan sume ilmu yg ckgu bg tu eh . :)
ktorg ckp cmtu gak kt ustaz nik (lbey krg cmtu a) dan tu a dye ;

kami : ustaz, Selamat Hari Raya ! mntak maaf kot ad buad salah ,,

ustaz nik : Selamat Hari Raya gak ,, us. un mnx maaf gak klau de wat salah pape                 ke . 

kami : xpe .. ehm us., ktorg egt nak mntak duit rye kt ustaz tp nmx cm us. ta dpt kasi skrg jehh so ktorg de 'duit rye' tok ustaz . nah ..

 gmba klz 5 al-Ghazali .

us. nik : ape ny ? oh , gmba klz ,,, (membelek-belek gmba uh) . lawa lah , kreatif . siap ad tulis kt whiteboard uh . egt mmg ad td . spe buad nh , syauqi ke?

dehearty_roses : ha? eh tak , saye . :') 

ustaz nik : oh kamu ... bdq2 skrg nh dh pndy ek . makin kreatif dpd kita (ckp kt ustaz aimi) .

kami : ustaz , nty mkn kuih jgn lupa ktorg . taon ny kan ktorg takleh na beraye sakan ~ ^^'

dan ,, cmtu jelah .. untung bangle , nme dye mencapap . haha ,, ta kesa un senanye sbb dye kan emg cmtu ., :D 

gmba klz uh aku kasi 1 kelas . tersenyum aku bila dyorg amik-tengok-senyum bila tgk gmba uh . puas aty aku tgk mrk tersenyum :) .. *masa dah suntuk wehh ,, kita dah tak lama dah kt MAHAL ny . aku sgt akn terase kehilangan korg . pape pun , FORGET ME NOT ! iloveyou <3 ..

p/s : buad semua , Happy Eid Day ! 
       sorry for everything dpd hjung lipatan tdung hgge ujung stokin .
       thnx tok sume yg korg dah kasi .
       halalkan sume mkn minum ilmu bagai uh ea :')
       especially for spm candidates , strike for the best .
       doakan kami juga :D
       May Gog permits, amin ~~


coretan :
dehearty_roses . 

Saturday, August 20, 2011

nurHIDAYAH ;)


*dah pkul 2 sku tp aku msih lg ber-blogging .

aku dah puas dah mencari --> mne kau mne kau ?? <-- heh, cito ea nak lbey jehh . kau tau, byk dah bnde yg aku tgk, aku observed, aku examined .. mcm2 konklusi bole aku pautkan ~ .

sdey ble tgk gadis di lua sne msih t'kapai-kapai dlm kehidupan . aku nak tlg tp slalu tade kekuatan . aku cuma mampu berdoa , Ya Allah,semoga mrk kan sedar ,, Kau tunjukkanlah jln yg lurus buad mrk , mrk msih lalai Ya Allah, mrk msih jahil . Kau pimpinlah mrk .. lembutkan aty mrk , bersihkanlah jiwa mrk , bukakanlah pintu aty mrk Ya Allah ,, terangilah aty mrk dgn nur syurgaMu, hiasilah wjh mrk dgn nur kasih-Mu Ya Rahim ... aku tade kekuatan utk mghlgnya, hye sekdr dlm aty. sesungguhnya aty uh adlh selemah-lemah iman ~ Kau berikanlah taufiq dan hidayahMu Ya Allah , Kau teguhkanlah iman mrk ,, Kau bantulah mrk . semoga doa ini Kau perkenankan , amin Ya Rabbal 'Alamin ...
 
aku nk off9 dah ny (dah pkul 4:05 pg dah) . na sahur , na pose ,, tdo jap (if smptlah) . utk itu , sekian . :)

dehearty_roses . 

satu hati JIWA RAGA .

ASSALAMUALAIUM . *dah bpe lme a aku tak update nh ? -.-'

dah trial dahh ~ . seriyes aku ckp , i don't want the time to keep running . please stop ! . tgk , aku emo lagi . hmm , tu a aku , most everytime i'll be like this . kau tau , kdg mse pekse un bole t'pqe sal bnde nh (tah pape tah.) . sdey mekk tp aku thn jehh . *msti korg bosan kan asyik dgr bnde yg sme jehh . sory a , aku tak b'mksud na buad korg boring tp tu a hakikatnya . 

trial bwu jehh abes seminggu . there's left 2 weeks more . *tak sabarnye nak raya ! (heh, berangan je lbey) xD . --> iklan jeh ny . ^^'

alhamdulillah , start arini insha-Allah takkan de lg rebut-rebut, gado-gado , bsing memekak sal komputer lg dah . mslh uh dah slesai ~ bersyuku sgt mehh ,, walaupun comel cam aku tp tkpelah , dah rezeki ,, terima jelah kan :D . pape un , thnx pm , for the gift ! i really appreciate it . :) 
 

Sunday, August 7, 2011

mukaBUKU . :D

i created the history , so the history begun .

mkcik , den dah deactivekan dah fb den . tk cye cbe mkcik tgk . betul den tak tipu ,.. dh lamo sena ea nak deactivekan tp slalu t'lupa so dats y lah i always on9 when i back home .  haiya , susa la kan kalau mo selalu on9 . tkpe tkpe ,, tggl bpe bulan jehh lg . pipah , kau BOLEH ! 

oh my dear fb , tata yeah . i'll try not to encounter u until i finished my exams . den nak sukses mek .. nak sgt ! we pray together okay , so we'll success altogether :D . sobsob , haish ,, takkan sedih kot bila tak dpt bukak fb nh . saba pipah saba .. fb uh kan melalaikan (hah tau pun !) so biakan dlu . nty afte spm na on9 lme pun dibnrkan (eyh , solat jgn lupa!) . baiklah makcik , i'll try to .


Coretan seorang Mahasiswi (bakal,,) .

it's unexpected right , only in a blink of eyes, we're actually had came across to the end . i still feel like it was just yesterday we registered to Form 1 . with the immature attitude , we stepped to a new school with a new determination . our foot is still make it's step facing all the obstacle that coming through & our hands is still trying to reach for a lesson . the phase keeps repeating . One more step , then we'll leave our youth time . everyone is still focusing , still confusing . there's nothing that can be represent in words .

try to flashback ~  when we were in primary school everyone didn't felt the sensation of separation . we still could smile even that maybe our last day encountered . no transparent pearl at precipice of eye. there's no words as the sincere words . everyone forgot when will we met again . time keeps running .. HAHA ! unexpected, from a smudgy person we turn into a charming gorgeous person . from a fusty person we turn into a tidy happy person . Abundance of memoirs that we create together , a lot of reminiscence that we cracked allover . i stunned .

*kt ats uh sje je speaking . pdhl lam buku ny juz tulis bm jehh ( de a rojak ea byk~ ) .

weh bdq,
mseh au for lending me yr ears to listen to my prob ,lending yr eyes to aware my action, lending yr heart in giving me some advices that comes truly from the bottom of yr heart , lending yr hands in grasping and helping me for everything , lending yr foots on helping me in emergency and lending plus everything on you to me , muchas gracias !

sweat-pie ,
dehearty_roses ~ :)

Saturday, August 6, 2011

buad teman .

nak post sumthing tp tatau na tulis ape . trial lg semggu je mekk . tah a wea, ase cm na lari jehh dr dewan tu nty krg .. tanak a amik pekse ! tp tkleh ,, i didn't hve the spirit to do that thing . pekse ttp kena amik . alahai ,, lmhnye insan b'nama Afifah Hanani ny ,,, *adoyy . cbe a jd kuat ckit . try to strike for the best !

kwn2, pkse tggl bpe lme je lg kan . uh ta kesa a yg pnting, ary laz spm uh la ary kte sume laz sme2. beb, korg ta sdih ke? aku smpy b'cucuran airmte ha dok pqe psal nh .. sedih mekk ,, kte nh da mcm adk-brdik dahh , rapat ea bkn main . seronok kan ble 1 batch dok asrma . mkn sme, blaja sme2 , gurau sme2 , pegi skola pun sme2 ! huish , cmne a nty kan ble sume uh dah tade ~~

aku slalu t'byg cne ek nty ari laz spm . heh , msti a babak sedih ye tak .. hm, tah a wea . kdg aku ase aku akn burst into tears wktu uh tp kdg aku ase , aku akn kaku diam membisu dan b'sme aty yg keras mmbiarkan sume uh b'lalu . TANAKK !! *kalaulah skola ny ad form 6 kan bgus ,, bole skola ni balik . tp confirm tak sume akn + nak msok form 6 . spe yg nak pky bju skola blek kan .. HAHA ! hm , airmte aku mengalir lagi .. setitik demi setitik .

Ya Allah , sesungguhnya aku amat menyayangi shbtku ini . Kau lndungilah mrk di bwh lembayung rahmat-Mu walau dimana mrk b'ada, Kau pimpinlah tgn mrk , jgn izinkan mrk terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan ,, Kau lmbutkan aty mrk, bersihkanlah jiwa mrk, .. Ya Rahman , kau bukakanlah pntu aty mrk , berilah taufiq dan hidayah-Mu kpd mrk, jgnlah ptuskan kasih-Mu dpd mrk Ya Allah ! perkenankanlah doa ini, Amin Ya Rabbal 'Alamin ~ .