Followers

Friday, January 27, 2012

surat buat awak :D

setitis tinta buat awak :') ,


saya tak pernah tahu siapa awak ., mungkin kita p'nah b'langgar bahu atau b'kenalan di muka buku atau sememangnya kita memang sudah kenal hati budi masing-masing . tapi yang pasti saya tak tahu yang mana satu adalah awak .


awak, 
Life was so unexpected . saya terkial-kial mencari awak hingga kadang jatuh tersungkur ,, Mak sering tanya mana awak ? Mak rasa saya dah cukup besar untuk mencari life sendiri . mak cakap mak taknak pilih menantu sendiri, biar anak yang buat pilihan dan kerana itu saya cari awak . saya cuba tapi sampai sekarang saya masih buntu ,, mana awak? Ya Allah, tunjukkan padaku yg mana satu adalah dia :') ...


awak, 
sebelum kita disatukan , saya nak awak janji dengan saya . tolong, tolong jaga life awak sehabis baik . saya bukan selalu ada di sisi awak untuk betulkan mana yang silap, tampal mana yang terkoyak . Gantungkan harapan awak pada Yang Esa kerana Dia lebih berhak . awak jaga solat awak, Insha-Allah terpelihara iman awak . Jaga pndangan awak insha-Allah hati awak suci bersih dari noda . Jangan gadaikan maruah awak kerana nafsu yang bergelora ! Jaga diri awak baik-baik,, jangan risau , saya selalu ada di sini mendoakan awak dari jauh :) .


awak, 
mencabar sungguh kan hidup ni . tenang wak, tahan . Saya tahu awak kuat . tabah wak, cekal . tiada makna sebuah kehidupan andai tiada cabaran bukan? awak, dari jauh saya perhatikan awak , dari jauh saya kenangkan awak . sedihnya bila saya tiada di sisi insan yang disayangi :'( . teruskan merentas duri kehidupan , jangan pernah menoleh ke belakang .


awak, 
saya masih menunggu . Mana awak? Lama tak dengar khabar berita . awak , saya masih di sini . Bila-bila awak memerlukan, panggil je saya . Mana awak? awak, mak panggil awak, mak cari awak,, mak nak jumpa dengan awak . saya puas menghubungi, saya puas mencari tapi saya tak jumpa awak ..


awak, 
saya mengharapkan yang terbaik dari awak,. saya tunggu awak :') .








khas untuk awak ^^ ,
dehearty_roses .

2 comments: