Followers

Thursday, January 26, 2012

Teka-teki kehidupan .

Asslamualaikum and have a good day :) .


Hidup tak selamanya indah, ia memerlukan sebuah pengorbanan yg tak mampu diungkai oleh kata .






taklah, sekarang cuma nak cakap tentang HALIA . amnya masyarakat kita tahu bahawa halia memiliki keistimewaan yang hampir sama dengan peppermint dan chamomile yang terdapat di dalam setiap ubat sakit perut di pasaran. Halia sering digunakan untuk menghilangkan gas dan mengurangkan rasa kembung serta sakit perut. Selain itu, halia juga sering disarankan untuk menangani masalah lain yang berkaitan perut seperti kejang, gejala mual dan muntah-mutah.


di samping itu [cehh, macam karangan BM lah pulak -.-'] , halia digunakan sebagai rempah, bahan perisa, makanan dan juga ubatan.
Terdapat Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa terdapat minuman yang dicampurkan dengan halia dan diberikan kepada kita di dalam syurga. Firman Allah (Q:76:17, Surah Al Insan) Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang dicampurkannya dari halia(zanjabil)”.

Hal ini membuktikan bahawa halia mempunyai khasiat kepada manusia sama ada sebagai sumber makanan , minuman mahupun perubatan.

Bagi masyarakat Jepun, hirisan halia dimakan di antara hidangan makanan.
Halia di gunakan sebagai ubatan bagi :
,, Merawat kembung serta sakit perut
,, Membantu penghadaman makanan
,, Mengeluarkan angin dalam usus
,, Menghilangkan bau mulut. 

Jika dicampurkan dengan sedikit gula dan air panas, jus halia dapat menghilangkan lendir dan kahak.
Halia juga sangat mujarab untuk mengelak masalah sering lupa :)


Ironinya, halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal daripada negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.




Lebih terperinci lagi dalam perubatan moden, khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.


Malah dalam kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.





juga dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.





wa khulasatul qaul, halia punya variasi kegunaan . Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga, pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busuk mulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sickness semasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.




so ape lagi , amalkanlah minuman halia [method paling sng lah] dlm kehidupan seharian ,, wassalam :)


dairi kehidupan ^^ ,
dehearty_roses .

No comments:

Post a Comment