Followers

Monday, February 13, 2012

wahh,, specialnya kita WANITA ! :D

Assalamualaikum and heyy ^^ .

Kali ny wa mo cite pasal kita[wanita]. ramai yang pndg remeh tentang hal ni tanpa mereka sedar kita punya keistimewaan yang tiada pada kaum ADAM. Kaum feminis bilang susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini :

1.. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3.. Wanita menerima warisan kurang dari lelaki.
4.. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
5.. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
6.. talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
 7.. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Dengan segala peraturan itu kaum emansipasi wanita berjuang untuk
MEMERDEKAKAN WANITA ISLAM” .
Tetapi apakah wanita Islam merasa bahawa dia tidak dikekang oleh agamanya, sehingga meminta untuk dibebaskan.

Mari kita jawab secara logik bahawa semua aturan itu bertujuan untuk memuliakan perempuan, bukan untuk mengekangnya . anda percaya? okay takpe, di bawah ada hujahnya ..

1.. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?
 Buah-buahan di supermarket yang dibungkus plastik dengan apek harganya lebih mahal daripada buah-buahan yang berserakan di pasar .
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

2.. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3.. Wanita menerima warisan kurang dari lelaki.
Wanita menerima warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima warisan perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.

4.. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid. SUBHANALLAH, untungnya kita org perempuan !

--> Kelebihan lainnya wanita islam daripada Laki-laki Islam
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :

1. Sembahyang 5 waktu,

2. puasa di bulan Ramadhan,

3. taat suaminya, dan

4. menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!

Masya ALLAH … demikian sayangnya ALLAH pada wanita
 …. kan? 

pena kugiran,

No comments:

Post a Comment