Followers

Friday, April 27, 2012

: Luahan rasa untuk yang terasa :

buah mengkudu cili padi,
selamat pagi ! :D

: Luahan rasa untuk yang terasa :

Mungkin ya, Allah sengaja menduga. Dia meletakkan rasa cintaku terhadapmu walaupun aku sedar, jauhnya hati kau dengan hatiku . Tapi aku bersyukur, Alhamdulillah, even sekejap cuma setidaknya rasa cinta ini didik aku untuk menjadi lebih matang, lebih tabah, lebih cekal dalam mengharungi hidup, zaman siber ini .

Kita cuma kawan baik je, ya, itu batasan kita . Tak lebih, tak kurang melainkan kau adalah HALAL bagiku :') . Teringin nak dengar lafaz cinta itu . Ya Allah, pipo ! Sabar ya, insha-Allah, masa anda akan tiba ^^ . Terima kasih ya Allah, Kau hadiahkan rasa cinta ini dekat, cuma kepada teman karibku sendiri. Betapa cinta itu hadir tak terduga ~

Maafkan saya, awak . Terlalu berat rasanya nak ucapkan perpisahan, leraikan perhubungan . Walau baru 2 tahun kita kawan tapi sekejap je kita jadi rapat . Tanpa sedar . Maadkan saya ya awak . Bukan saya tak sudi tapi cinta ni mendengki . Dengki pada ikatan persahabatan kita maka ia hadir, bina ikatan yang baru . Saya nak ikatan yang dulu awak ! Cukuplah saya penjarakan diri dari emosi,. Saya bukan siapa-siapa untuk miliki cinta awak , saya bukan milik awak . SAYA MILIK WALI SAYA, saya milik Dia Yang Esa . Awak, rasa sayang ini saya hadkan . Kita kawan kan? Yep, kita kawan, cuma kawan, hanya kawan :')

p/s : Love can't be forced, let it be nurtured .
        Sukarnya nak pisahkan rasa ini, umpama pisahkan nyawa dari jasadnya . Tapi takpe, aku cuba .
       pesan aku : AWAK TETAP ANTARA YANG SAYA SAYANG SEHINGGA KALIMAH SYAHADAH YANG TERAKHIR :)
      Saya TAK PERNAH MENYESAL dengan pertemuan kita, perkenalan kita, perhubungan kita, perkelahian kita, perpisahan kita, kerana saya tahu malah bersyukur dan sangat beruntung kerana Allah mempertemukan saya dengan orang yang HEBAT MACAM AWAK ^.^ .

kan? ^^

**********************

maaflah, 
tapi ny memang betul, luahan hati sendiri .
sengaja berkongsi,
nak minta pendapat kalian,
kot ada yang rajin mengisi ruang komen :)
taktaulah sama ada Allah sengaja menitipkan rasa itu ,
semuanya isn't under control ,
eh tak, takut jadi macam tu je nanti ,
Allah sendiri berfirman :
La taqrabu zina ~
kalau berzina pun dah sah sah takleh,
apetah lagi kalau mendekati zina.
okay sory, ayat tu terbalik -.- ,
dan zina punya variety jenis !
zina hati, zina mata, zina telinga ~~
and me especially ,
dah buat zina hati T^T .
sedihnya .
dan saya dah bertekad ,
sebulat nekad,
saya nak tinggalkan zina hati ny .
Ya Allah, tolong bantu aku !


one step forward :D ,
destini.hlovate .

Maaf, bukan awak ~

“Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu”

“Ya? Apa dia?”

“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak”

“……….”

“Awak?”

“……….”

“Kenapa awak diam?”

“Maaf”

“Untuk?”

“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”

“Hmm.. Siapakah si dia itu?”

“Jodoh saya”

“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”

“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan dia”

“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan awak tak kenal dia?”

“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku. Jodoh yang tak diketahui”

“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”

“Saya tak dapat, maaf”

“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”

“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”

“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh awak? Saya cintakan awak keranaNya”

“Betulkah? Saya tak percaya”

“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa saya rindu?”

“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak bukan cintakan saya keranaNya”

“Ayat saya? Yang mana satu?“

“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak pendam?”

“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk jodohmu”

“Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”

“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada waliku diri ini berserah”

(Si lelaki memahaminya, lalu berlalu pergi)


********************
kan? 
saya bukan milik sesiapa ,
cuma pinjaman sementara ,
wali itu penjaga saya,
Allah itu penjamin saya,
ada hati, ada mata,
ada telinga, sihat segala,
maka ,
andai benar, tulus hatimu ,
jemput datang ke rumah,
pinta izinnya,
agar suatu hari nanti 
kita bersatu :') .

peeps,
imny.hlovate .

Tuesday, April 24, 2012

PEREMPUAN DULU VS PEREMPUAN SEKARANG. SIAPA LAGI HEBAT?

(( bandingkn diri kite dgn wanita2x hebat dulu..~~jauhhhh berbeza,fikirkan la..))
-------------------------------------

Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang cantik. Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan gemar berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari sedang Hasan berjalan, dia terpadang perempuan yang sangat cantik, lalu dia mengikuti perempuan tersebut.

Apabila wanita itu merasai dirinya diekori, lalu wanita itu menoleh ke belakang lalu berkata : "Wahai orang muda, apakah kamu tidak malu?" dan berkata lagi : "Malulah kepada Allah SWT yang Maha mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang terdapat dalam hati"

Hasan sangat tertarik dengan wanita tersebut, dia tetap mengekori wanita tersebut.

Apabila wanita tersebut melihat Hasan terus mengekorinya, berkatalah wanita itu : "Mengapa kamu terus mengikuti aku?"

Maka berkata Hasan Basri : "Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu"

Setelah sahaja wanita tersebut mendengar pejelasan dari Hasan, maka dia pun berkata : "Baiklah. Jikalau kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini sebentar, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki"

Setelah berkata demikian maka di dalam hati Hasan berkata : "Nampaknya dia telah menerima cintaku". Maka Hasan terus menunggu wanita itu sehingga wanita itu tadi datang kembali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang pembantu (Amah) menghampiri Hasan sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak itu terdapat sepasang biji mata.

Kemudian pembantu tersebut berkata : "Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesonanya seseorang itu"

Selepas kejadian itu, Haan Basri tekad untuk meminta maaf kepada wanita itu. Malangnya wanita itu sudah meninggal sebelum Hasn meminta maaf. Hasan memangis tiga hari berturut-turut. Pada malam yang ketiga Hasan bermimpi menemui wanita itu. Wanita itu ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata : "Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu"

Wanita itu pula berkata : "Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah oleh sebab kamu"

Setelah Hasan mendengari pengakuan wanita tersebut maka dia pun berakata : "Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik"

Berkata wanita tersebut : "Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah setiap pagi dan petang, beristighfarlah, mohonlah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya"

Akhirnya Hasan melaksanakan segala nasihat perempuan itu. Hasan Basri mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah serta Beliau menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkab nenjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan kecantikan dirinya dan menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang dilarang oleh Allah

Wahai saudaraku tutuplah aurat, janganlah kamu menunjukkan kecantikan mu itu sebab bakal yang melihat aurat mu itu adalah dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara. Dan apabila seseorang lelaki itu cinta kepada perempuan yang menunjukkan aurat cinta itu sebenarnya berserta dengan syaitan yang mengoda lelaki itu.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Al lah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam Fitnah.

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●


Dunia ini indah dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah :)

 bukan ingin berlagak alim or whatsoever,
tapi cuma untuk peringatan buat insan yang sering alpa .
dan untuk diri yang kadang kala
ambil sambil lewa akan sesuatu ilmu ..
teringin menjadi seperti wanita tersebut,
tak merelakan tubuhnya menjadi punca tarikan lelaki ,
namun apakan daya,
iman di dada rendah selaut ,
pandangan mata tetap tertaut .

girls ,
saya mengingatkan kita semua,
andai tak mampu menjadi seperti beliau,
setidaknya,
balutilah tubuhmu ,
dengan helaian kain yang cukup ,
tutup seluruh rahsia diri,
longgarnya tak mampu menggoncang nafsu lelaki ,


saya selalu mendoakan kalian,
juga diri saya sendiri
semoga menjadi yang terbaik ,
terus mapan pada jalan yg lurus,
insha-Allah .
doakan yang terbaik untuk kita semua .
semoga doa kita dimakbulkan Allah , aminn :) ~ 

sedetik lebih,
imny.hlovate

Monday, April 23, 2012

rasa cinta itu, pendam selagi termampu ...

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca harap balas :D


ada sesuatu, tiba-tiba terasa nak kongsi .



*JANGAN pikat wanita kalau anda tidak cintakan beliau .

*JANGAN bikin wanita jatuh cinta kalau anda tak cintakan beliau .

*JANGAN memberi wanita harapan andai anda sendiri tak pasti .

*JANGAN sakitkan hati wanita andai anda tiada hati untuknya .

*JANGAN mainkan hati dan perasaan wanita kalau anda sendiri tak punya perasaan untuk mereka .

*HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi TIADA NIAT untuk menikahinya .


bukan sengaja saya ingin sebarkan ,
tapi sedarlah .
hati kami ini umpama kaca ,
senang pecah, rapuh sekali .
once you betray us,
360 degree we will change .
kami akan berubah,
bukan lagi kami yg anda kenal 1 saat sebelumnya .
believe me !
kerna saya juga perempuan, 
saya juga seorang wanita,
saya juga punya hati dan perasaan.
maaf .
bukan ingin menyalahkan men 100%
cuma ingin menyatakan,,
rata-rata mereka begitu bukan?
jiwa kami ny halus,
mudah terpujuk dengan rayuan ,
bukan untuk anda pergunakan ,
tapi manfaatkan ke arah kebaikan,
kerana sememangnya kami menantikan sebegitu .
didik kami ,
pimpin kami ,
anda BAKAL MENGIMAMI KAMI .
kami tunggu anda approach kami :') .


i believe in you .,
destini.hlovate .

kawan hingga hujung nyawa :'(

daun keladi daun bawang,
kalau sakit jumpalah 'pawang' ^^ ,.

it's great to encounter you ,
it's wonderful to greet you,
it's amazing to know you,
it's lovable to have a kit-kat with you,
it's truly unforgettable when knowing that we are ain't going well .
and how's life without you .


semua Dia ciptakan punya impian,punya harapan,
semua Dia aturkan pertemuan, perpisahan .
semua Dia titipkan satu tekad, 
pertemuan itu satu jangkauan,
perpisahan itu satu pernantian,
ujian itu satu cubaan,
derita itu cipta ketabahan ..

dan aku tak kuat untuk hadapi semua yg terbentang,
dan aku tak setabah Siti Sarah dalam memecah tembok dugaan,
dan aku tak rela sebuah perpisahan .
TAPI BERPISAH ITU CONFIRM .
MATI ITU PASTI .
:'( ..
hati ini masih gelisah .
mana mungkin keakraban yang terbina 
permanently be forgettable .
kerana ikatan yang terjalin ,
takkan terlerai , takkan terputus ,
SEHINGGA MAUT DATANG MENJEMPUT .

sesungguhnya daripada-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita kembali ~

sahabatku ,
kerana cintaku padamu ,
kerana sayangku terhadapmu ,
takpernah akan aku melupakan kisah(s) kita .
kisah seribu duka,
kisah ceritera atma ..
mungkin ada yang tertanya-tertanya,
siapa gerangannya (?)
it's actually you , and will truly be you .

jangan pernah pinggirkan aku .
jangan pernah lupakan aku ,
because sometimes I do need you without I realize it .
pegang erat tanganku, 
terus mapan pimpin aku .
because I need you all the way .

it's nice to see you :'),
imny.hlovate .

MARRIED OR NOT ,, ANDA PERLU BACA INI.

( ♥ Sila SHARE, LIKE dan TAG ♥)


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.


Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.


Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.


Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.


Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.


Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.


Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.


Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.


Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.


Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.


Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.


Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.


Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.


Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.


Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.


Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.


Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.


Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ♥ ^_^ ♥


yang ny pun saya cuma copy and paste dari laman muka buku tapi apa yang saya nak sampaikan ialah ,
w'pun akan ada sesetengahnya yang menganggap ini cuma sebuah cereka, hanya drama semata-mata, mengapa tidak kita jadikan ia sebuah realiti dan bukan fantasi ? kita bisa mengubahnya kerana keintiman akan membuahkan kemesraan :)
cuma pesanan ringkas dari insan kerdil yang mapan dengan kealpaan ^^v ,


great to know you :') ,
imny.hlovate .

Thursday, April 19, 2012

Be the 1st to shared news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Be the 1st to shared news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

ALASAN YG PALING POPULAR BAGI WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ??
> Dik yang pasti, tak tutup aurat, CONFIRM masuk neraka.

2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok
> Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci & iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan ?

3. Kami rasa apa yg kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yg memandang kami.
> Seksi @ tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang & puasa.
> Kita yakinkah,ibadat kita,puasa kita sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
> Anda sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yg kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
> Berani cakap di dunia, berani ke cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
> Sanggup patuh arahan mereka yg hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
> Macam ne seru tu?? Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. takut kita tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la...
> Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jgn ambil lagi nyawa aku.

10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
>Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit . Ikhlas ke tak Ikhlas lain cerita yg penting WAJIB buat.

Sekadar teguran buat diri yg alpa, tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.

"aurat saya maruah saya"
~JOM TUTUP AURAT~
سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Sahabat2 boleh save @ share sama2 kita cari saham akhirat InsyaAllah... :)
by: seindahcintaislam.blogspot.com

p/s : saya cuma copy and paste . tapi w'pun saya copy and paste, itu bukan menjadi ukuran . yg penting isi entry kita . niat kita paste buat tatapan umum ny . semoga perubahan mendahului anda sebelum kematian berkunjung tiba . kita hidup tak tentu sampai bila . renung-renungkanlah :) .

pakai tudung tak wajib, yg wajib tu tutup aurat (Y) ,
pipo .

Tuesday, April 17, 2012

SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84

limau purut limau kasturi,
argh, segarnya pagi ni :D


hoho, join lagi satu segmen,
tinta oleh Uncle Zamani .
hehe .

wishes :
komen eh sikit,
kasi link korg pun boleh,
nanti nak terjah :D
mekasih ^^

biru itu menarik,
imny.hlovate .

SEGMEN NASZ : B-L-O-G-W-A-L-K-I-N-G

biji sawi buah mengkudu,
nasib je tu ^^'

haha, okay, uh takde kena-mengena dgn entry.
kali ni Nasz ada buat segmen.
hehe, segmen yg simple,
tapi impak mesti gah kan ;)
okay, ny banner segmen .


ehem .
mengapa saya suka BW ?
sebab BW helps me to boost my knowledge about newest issue ,
add taste in my life,
and ascended my referral !
okay, tu cuma gurauan ..
BW pun tolong tambah kawan gak tau,
tambah readers even mereka tak follow,
and even tambah sneakers !
hoho .
jadi, apa tunggu lagi?
cepat rebut peluang !
segmen dibuka sampai malam ny SAHAJA .
HARAP MAKLUM :)

tinta aksara,
destini.hlovate .

School leavers no matter where you are... SEGi is coming YOUR way!

School leavers no matter where you are... SEGi is coming YOUR way!: The SEGi Roadshow is travelling all over Malaysia (including Sabah & Sarawak) in April! Meet counsellors and discuss your study options where YOU are located! Sign up on the spot to get special rebates & a chance to win iPad 2 or iPod Shuffle.

Segmen : Nak Doodle Nie!

asam jawa belimbing besi,
matahari dah tinggi :D .


aduhh, sempat lagi ke nak join? 
hoho, join jela segmen ny kan,
mana la tau ada rezeki,
dapat lagi satu doodle .

Nama : pipo .
colour : blue ^^

terimakasih Apiz :)

Saturday, April 14, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

pen merah pen biru,
you marah I LOVE YOU ^^'


AKU SEBUAH BLOG : Pakcik Kamil ^^

Aku ternanti-nanti kemana perginya tuan aku yang dah 5 bulan tak akses laman sesawang dan 'mengintip-ngintip' aku . selalunya dia akan terjah aku walau sesibuk mana pun dia tapi ni tidak . 5 bulan dia menyepi, merajuk ke dengan aku ? takkan sebab aku kata 'Your post can't be viewed right now' sebanyak 5 kali tu menyebabkan dia kuciwa? aduh , tak terniat pun ~,~' .

aku rindu dia, rindu sangat-sangat . kebiasaannya dia akan berceloteh variasi perkara dengan aku . pelajaran dia, famili dia, even masalah awek dia yang tak sudah-sudah cemburu buta tu pun dia bilang sama aku . Ops , ter'speaking' la pula . hehe . aku nak bagi nasihat tapi aku sendiri punya banyak kekurangan T.T . tapi walau apapun, aku dapat jadi pendengar setia dia pun dah dikira MABRUK sebab setidak-tidaknya aku dah berjaya lift his burden ^^ . sukanya ~

~~ bro, aku ada masalah lagi ny . hehe, saje je nak cite kat kau sebab kau tak pernah komplen masalah aku, tak pernah kritik aku, kau senyap je dengar apa yang aku nak cakap tanpa menyampuk bicara aku walaupun sepatah . itu sebablah aku sayang kau lebih bro ! 

okay back to the topic, semalam aku ada discussion group dekat bawah pangkin di kampus aku . ada la yang datang tu salah seorangnya minat aku . eh tak, maksud aku, ahli group aku tu 3/5 daripadanya adalah girls dan salah seorangnya minat aku , hiwhiw. mana aku tahu ? haritu aku terbaca dairi dia . TERbaca okay . hehe . dia mention nama aku sebesar-besar font, mana aku tak perasan . dia tulis --> 'Ya Allah, andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada dia yang melabuhkan cintanya pada-Mu ... saat pertama kali mata bertembung, jantung berdetak kencang, nyaris darah terenjis keluar dari kapilari . nasib baik hati mudah ditenangkan, villus bertindak sebagai penyelamat ! erk,okay tu apa kena-mengena? =.=' . apapun , MOHD FARIS BIN MD SHAH , kau pencuri tegar . how dare you stole my heart ! macam mana aku nak hidup tanpa hati aku ? Huwaa T^T ~'
You see what i mean ?! Tapi yelah, sebagai lelaki lah kan, kenalah control macho selalu . Ehem . Err, maksud aku -.-'' , aku buat-buat tak tahu pun pasal entry tu . Dia pun taktau aku ada baca dairi dia . Kalau dia tahu, mampus aku ! hmm, mana aku berhasil cilok dairi dia tu, biarlah rahsia . hehe .

entah macam mana boleh kantoi pula pasal discussion ny *okay, ny aku tak perlu takut. aku tak buat benda yg salah pun kat awek aku pun aku taktau . entah la, aku tak kisah sangat kalau dia tahu pun pasal ni , tapi yang menjadi masalahnya adalah , DIA CEMBURU TERLALU BUTA ==' . Dia tuduh macam-macam , pedih ulu hati ni woo . Terasa macam nak bagi penampar je kat dia tapi aku sabarkan diri aku . Dayus namanya tu kalau pukul anak dara orang . Ish, aku taknak jadi macam tu . Lagipun , she's not halal for me . Dia cuma makwe so apa nak takut ? 

Aih, entah la Encik Blog , aku tak tahu nak selesaikan masalah ni . Bila aku fikir balik, alangkah awesomenya kalau kau boleh bersuara . kau boleh nasihatkan aku, kasi suntikan semangat kat aku yang for sure tengah down ny :( . aku taknak sebab EGO, berlaku tragedi yang tak diingini . cukuplah pasal kes dahulu , aku taknak ulang lagi the same thing ! okaylah, aku nak berhenti menekan kekunci keyboard . berketak-ketuk dari tadi, boleh terjaga famili aku walaupun sekarang baru menjengah tengah hari . aku taknak kacau mood mereka . aku nak keluar sekejap , nak ambil angin kota, nak jejak pantai , nak campak semua pressure aku kat laut . kau tunggu aku eh sampai aku kembali . aku pergi tak lama, petang nanti insha-Allah aku balik rumah . tunggu aku tau !

parut di hati siapa tahu,
Mr. Faris :) ~~

itu entri terakhir tuan aku . 5 bulan dah aku tunggu . Entah dah berapa kali petang dah, dia tetap tak muncul-muncul . aku ada dengar kecoh-kecoh kat rumah dia pasal dia tapi aku tak berapa faham situasi tu . Plus, 'mata' ny tak mampu nak celik . 'telinga' ny je yang boleh membantu, curi-curi dengar apa yang mereka hebohkan walaupun berkerutlah juga 'dahi' nak fahamkan setiap patah kata mereka .

Once upon a time, eh tak, suatu hari, adik tuan aku (adik kot) bukak laman sesawang www.blogger.com dan buka akaun tuan aku, MOHD FARIS BIN MD SHAH ni . Melalui itulah aku tahu apa yang terjadi pada tuan aku . tapi kenapa sampai 5 bulan ?! dalam diam aku derita, dalam lara aku menangis :'( . Terima kasih dik atas berita itu walaupun agak lama baru aku tahu . aku tak tahu apa nasib aku selepas ini , apa aku mapan menjadi penunggu setia atau aku kekal bersawang tak berpenghuni ??

~~ Maaf Encik Blog, saya menyemak di sini . Tadi saya geledah barang along, dan saya temui dairinya . Eh, orang lelaki pun ada dairi eh cuma mereka tak hebohkan pun sebab takut kemachoan mereka terjejas . hehe . okay, saya sambung cerita . dalam dairi tu, along mencoret macam-macam, termasuk tentang Encik Blog . Along kata Encik Blog ni baik, dan along kata alangkah indahnya andai Encik Blog adalah seorang manusia, tentu Encik Blog menjadi kawan baiknya . hehe, suka lettew .

kemudian along ada tulis hampir semua akaun website yang along dah sertai, termasuk password sekali along tulis . maka dengan itulah saya jumpa Encik Blog ^^ . Tapi apa yang pelik, cacatan terakhir along dalam dairinya seolah-olah menyatakan bahawa along tahu dia akan pergi menemui Ilahi . 

along kata, 'banyak dosa along pada abah, mak, adik semua . maafkan along ya atas segala kesilapan along sama ada along sengaja buat mahupun tak sengaja buat . Infiniti salah along pada mereka semua . halalkan makan minum along walaupun along tahu along ni nakal, selalu buat mak abah marah . hehe, along cuma nak ceriakan suasana je . taknaklah suram je suasana kan ^^' . 

Dik, kau jelah satu-satunya adik along, pengikat kasih along pada keluarga . kau memang baik, sangat baik sampaikan suatu tahap along rasa along tak layak jadi abang kau . along kau ny jahat, jahat sangat-sangat dik . tapi air dicincang sampai kiamat pun confirm takkan putus . along sayang kau dik, sayang sangat-sangat . Aih, bila lagi kita boleh bertemu ? Lama lagi along kena tunggu kau . takpe takpe, along tunggu kau kat pintu Jannah ya . pimpin sekali mak dan abah . Nanti along lambai dari jauh , jangan tak perasan pula ! hehe . 

dan Encik Blog, anda memang terbaik ! sayangnya sebab kau bukan manusia , cuma 'kawan' di alam maya . tapi aku bersyukur sebab kenal kau . aku selesa nak luahkan semua yang aku rasa pada kau . hehe, kau tak kisah kan . Encik Blog, jaga diri baik-baik eh . aku takut nanti aku tak dapat nak akses kau selalu . Huwaa T^T , nanti aku akan rindu kau . takpe Encik Blog, nanti aku minta adik aku teman kau . wea adik ! along tahu kau tengah baca dairi along ni, ingat pesan along, jangan tinggalkan Encik Blog terlalu lama . nanti dia kesepian along cari kau ! hah, tau pun takut ~

okaylah, aku nak jumpa my lovely Encik Blog . hehe , got to go - Mohd Faris Md Shah' 

dipendekkan cerita, along accident berhampiran dengan selekoh ke lebuh raya menuju ke pantai Port Dickson . banyak sendi yang patah dan doktor sahkan bahawa along tak dapat nak hidup lama . tepat sekali ! baru 3 jam along kembali bernafas dengan normal, Tuhan tarik nyawa dia . tapi along pergi dalam keadaan tersenyum, itu yang membuatkan kami yang pada mulanya meraung dengan pemergian along kembali tenang . sebelum along 'pergi' , along sempat tinggalkan amanat . along pesan supaya saya sentiasa menjaga Encik Blog dia tapi along tak beri pun emel mahupun password dia . kerana itu baru sekarang saya dapat akses blog along, baru je jumpa kekunci dia, rupanya tersorok bawah katil je -.-' . saya harap Encik Blog faham, tuan dia dah tiada . saya sengaja post entry ini supaya rakan-rakan arwah tahu akan 'pemergian' arwah . Al-fatihah .

doakan along ditempatkan dlm kalangan orang2 yg beriman, insha-Allah,
MOHD DANISH MD SHAH . ~~

Terdiam aku . nak menangis , tiub air mata pun aku takde . hingus pun tak boleh nak meleleh . tapi aku faham . setiap yang pergi tu dah ditentukan ajalnya . Death is certain, but the time is not . Masa akan tetap berjalan walau selaju mana pun kita lari . aku faham aku tak boleh nak ubah situasi . aku akan berubah tuan . tiada lagi MOHD FARIS yang kuat membebel , tiada lagi MOHD FARIS yang tabah hadapi situasi . tiada lagi dia . Dia dah tenang di 'sana' .

AKU CUMA SEBUAH BLOG. BLOG YANG UMPAMA DAIRI :') . TERIMA KASIH KEPADA MOHD FARIS BIN MD SHAH KERANA MENG'HIDUP'KAN AKU .

******************************
1st . entry dah siap ^^
2nd . alamak , TERLEBIH 350 WORDS ==' . sorry mister kamil, harap tak kisah .
3rd . dah terjah bloggerwanita.com tu :)
4th. dah vote video tapi tak reti print screen . harap maaf . terjah FB saya kalau nak bukti ,
bertarikh 13 APRIL 2012, jam 9.24 p.m. [plus minus] .
5th . dah like kedua-dua fan page : Rochelle_secret dan EM Shop .
6th. impian saya sebagai blogger? -> saya nak kutip seberapa banyak pembaca setia blog saya walaupun mereka tak follow n,n .
7th . okay, dah siap, dah hantar :D


permintaan :

sila tinggalkan komen anda , kerana komen anda membantu saya mempertingkatkan
prestasi blog saya . thnx ! ^^


bulan itu indah,
imny.hlovate .

semua akan okay, with God willing :)

buah cempaka buah baiduri ,
saya susah hati :'(

taktahu kenapa, 
hati ny cm taknak dah ,,,
taknak dah sungguhsungguh mohon Medic kat Mesir tu ,
seolah-olah ia berkata
'kalau tak mampu, katakanlah . jgn terus sembunyi'
:(
mungkin benar apa yg dikata ,
saya tak mampu nak biaya sendiri pergi sana ,
kot nak dpt biasiswa via result SPM ,
KAU TAK LAYAK PIPO .
huwaaa T.T ~
sodih eh sampai ke limpa !
ish, lap air mata tu .
tak sopan elok anak dara menangis =='
sabar pipo sabar .
kot tak dpt fly tahun ny,
next year, atau 2 tahun lagi,
HAH, FLY LAH KAU KEMANA PUN .
janji kau struggle masa exam,
tu dah terlebih memadai .
aku tahu kau boleh po ,
jangan putus asa ,
semangat kau tu penting .


tapi saya nak kejar cita-cita :'(
ada org kata ,
sekarang ny bukan masa nak kejar ambition kau ,
sekarang ny masa nak kejar tuntutan pekerjaan semasa .
macam aku ,
aku pilih bidang ny [terlupa apa nama bidang]
nanti dah besar sikit,
bila kedudukan kewangan dah kukuh,
aku pilih laa bidang yg aku minat ,
akukan minat Fizik ^^ ,,
kata-kata tu membuatkan aku terfikir ,
'aah kan , asal aku terkejar sgt ngn Medic ny ?
at least aku dah dpt twrn blaja tu dah dikira bersyukur,
berbanding mereka di luar sana yg masih ternanti-nanti,,'
dan aku balas kata-kata beliau,
okay, nanti aku fikirkan :)

sekarang , aku sedang menunggu tawaran,
yelah manalah tahu tuah nasib badan,
ada plak yg nak taja aku ^^'
hehe, aku berdoa, moga makbul , aminn !!

a night to remember :')
dehearty_roses .