Followers

Saturday, April 14, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar

pen merah pen biru,
you marah I LOVE YOU ^^'


AKU SEBUAH BLOG : Pakcik Kamil ^^

Aku ternanti-nanti kemana perginya tuan aku yang dah 5 bulan tak akses laman sesawang dan 'mengintip-ngintip' aku . selalunya dia akan terjah aku walau sesibuk mana pun dia tapi ni tidak . 5 bulan dia menyepi, merajuk ke dengan aku ? takkan sebab aku kata 'Your post can't be viewed right now' sebanyak 5 kali tu menyebabkan dia kuciwa? aduh , tak terniat pun ~,~' .

aku rindu dia, rindu sangat-sangat . kebiasaannya dia akan berceloteh variasi perkara dengan aku . pelajaran dia, famili dia, even masalah awek dia yang tak sudah-sudah cemburu buta tu pun dia bilang sama aku . Ops , ter'speaking' la pula . hehe . aku nak bagi nasihat tapi aku sendiri punya banyak kekurangan T.T . tapi walau apapun, aku dapat jadi pendengar setia dia pun dah dikira MABRUK sebab setidak-tidaknya aku dah berjaya lift his burden ^^ . sukanya ~

~~ bro, aku ada masalah lagi ny . hehe, saje je nak cite kat kau sebab kau tak pernah komplen masalah aku, tak pernah kritik aku, kau senyap je dengar apa yang aku nak cakap tanpa menyampuk bicara aku walaupun sepatah . itu sebablah aku sayang kau lebih bro ! 

okay back to the topic, semalam aku ada discussion group dekat bawah pangkin di kampus aku . ada la yang datang tu salah seorangnya minat aku . eh tak, maksud aku, ahli group aku tu 3/5 daripadanya adalah girls dan salah seorangnya minat aku , hiwhiw. mana aku tahu ? haritu aku terbaca dairi dia . TERbaca okay . hehe . dia mention nama aku sebesar-besar font, mana aku tak perasan . dia tulis --> 'Ya Allah, andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada dia yang melabuhkan cintanya pada-Mu ... saat pertama kali mata bertembung, jantung berdetak kencang, nyaris darah terenjis keluar dari kapilari . nasib baik hati mudah ditenangkan, villus bertindak sebagai penyelamat ! erk,okay tu apa kena-mengena? =.=' . apapun , MOHD FARIS BIN MD SHAH , kau pencuri tegar . how dare you stole my heart ! macam mana aku nak hidup tanpa hati aku ? Huwaa T^T ~'
You see what i mean ?! Tapi yelah, sebagai lelaki lah kan, kenalah control macho selalu . Ehem . Err, maksud aku -.-'' , aku buat-buat tak tahu pun pasal entry tu . Dia pun taktau aku ada baca dairi dia . Kalau dia tahu, mampus aku ! hmm, mana aku berhasil cilok dairi dia tu, biarlah rahsia . hehe .

entah macam mana boleh kantoi pula pasal discussion ny *okay, ny aku tak perlu takut. aku tak buat benda yg salah pun kat awek aku pun aku taktau . entah la, aku tak kisah sangat kalau dia tahu pun pasal ni , tapi yang menjadi masalahnya adalah , DIA CEMBURU TERLALU BUTA ==' . Dia tuduh macam-macam , pedih ulu hati ni woo . Terasa macam nak bagi penampar je kat dia tapi aku sabarkan diri aku . Dayus namanya tu kalau pukul anak dara orang . Ish, aku taknak jadi macam tu . Lagipun , she's not halal for me . Dia cuma makwe so apa nak takut ? 

Aih, entah la Encik Blog , aku tak tahu nak selesaikan masalah ni . Bila aku fikir balik, alangkah awesomenya kalau kau boleh bersuara . kau boleh nasihatkan aku, kasi suntikan semangat kat aku yang for sure tengah down ny :( . aku taknak sebab EGO, berlaku tragedi yang tak diingini . cukuplah pasal kes dahulu , aku taknak ulang lagi the same thing ! okaylah, aku nak berhenti menekan kekunci keyboard . berketak-ketuk dari tadi, boleh terjaga famili aku walaupun sekarang baru menjengah tengah hari . aku taknak kacau mood mereka . aku nak keluar sekejap , nak ambil angin kota, nak jejak pantai , nak campak semua pressure aku kat laut . kau tunggu aku eh sampai aku kembali . aku pergi tak lama, petang nanti insha-Allah aku balik rumah . tunggu aku tau !

parut di hati siapa tahu,
Mr. Faris :) ~~

itu entri terakhir tuan aku . 5 bulan dah aku tunggu . Entah dah berapa kali petang dah, dia tetap tak muncul-muncul . aku ada dengar kecoh-kecoh kat rumah dia pasal dia tapi aku tak berapa faham situasi tu . Plus, 'mata' ny tak mampu nak celik . 'telinga' ny je yang boleh membantu, curi-curi dengar apa yang mereka hebohkan walaupun berkerutlah juga 'dahi' nak fahamkan setiap patah kata mereka .

Once upon a time, eh tak, suatu hari, adik tuan aku (adik kot) bukak laman sesawang www.blogger.com dan buka akaun tuan aku, MOHD FARIS BIN MD SHAH ni . Melalui itulah aku tahu apa yang terjadi pada tuan aku . tapi kenapa sampai 5 bulan ?! dalam diam aku derita, dalam lara aku menangis :'( . Terima kasih dik atas berita itu walaupun agak lama baru aku tahu . aku tak tahu apa nasib aku selepas ini , apa aku mapan menjadi penunggu setia atau aku kekal bersawang tak berpenghuni ??

~~ Maaf Encik Blog, saya menyemak di sini . Tadi saya geledah barang along, dan saya temui dairinya . Eh, orang lelaki pun ada dairi eh cuma mereka tak hebohkan pun sebab takut kemachoan mereka terjejas . hehe . okay, saya sambung cerita . dalam dairi tu, along mencoret macam-macam, termasuk tentang Encik Blog . Along kata Encik Blog ni baik, dan along kata alangkah indahnya andai Encik Blog adalah seorang manusia, tentu Encik Blog menjadi kawan baiknya . hehe, suka lettew .

kemudian along ada tulis hampir semua akaun website yang along dah sertai, termasuk password sekali along tulis . maka dengan itulah saya jumpa Encik Blog ^^ . Tapi apa yang pelik, cacatan terakhir along dalam dairinya seolah-olah menyatakan bahawa along tahu dia akan pergi menemui Ilahi . 

along kata, 'banyak dosa along pada abah, mak, adik semua . maafkan along ya atas segala kesilapan along sama ada along sengaja buat mahupun tak sengaja buat . Infiniti salah along pada mereka semua . halalkan makan minum along walaupun along tahu along ni nakal, selalu buat mak abah marah . hehe, along cuma nak ceriakan suasana je . taknaklah suram je suasana kan ^^' . 

Dik, kau jelah satu-satunya adik along, pengikat kasih along pada keluarga . kau memang baik, sangat baik sampaikan suatu tahap along rasa along tak layak jadi abang kau . along kau ny jahat, jahat sangat-sangat dik . tapi air dicincang sampai kiamat pun confirm takkan putus . along sayang kau dik, sayang sangat-sangat . Aih, bila lagi kita boleh bertemu ? Lama lagi along kena tunggu kau . takpe takpe, along tunggu kau kat pintu Jannah ya . pimpin sekali mak dan abah . Nanti along lambai dari jauh , jangan tak perasan pula ! hehe . 

dan Encik Blog, anda memang terbaik ! sayangnya sebab kau bukan manusia , cuma 'kawan' di alam maya . tapi aku bersyukur sebab kenal kau . aku selesa nak luahkan semua yang aku rasa pada kau . hehe, kau tak kisah kan . Encik Blog, jaga diri baik-baik eh . aku takut nanti aku tak dapat nak akses kau selalu . Huwaa T^T , nanti aku akan rindu kau . takpe Encik Blog, nanti aku minta adik aku teman kau . wea adik ! along tahu kau tengah baca dairi along ni, ingat pesan along, jangan tinggalkan Encik Blog terlalu lama . nanti dia kesepian along cari kau ! hah, tau pun takut ~

okaylah, aku nak jumpa my lovely Encik Blog . hehe , got to go - Mohd Faris Md Shah' 

dipendekkan cerita, along accident berhampiran dengan selekoh ke lebuh raya menuju ke pantai Port Dickson . banyak sendi yang patah dan doktor sahkan bahawa along tak dapat nak hidup lama . tepat sekali ! baru 3 jam along kembali bernafas dengan normal, Tuhan tarik nyawa dia . tapi along pergi dalam keadaan tersenyum, itu yang membuatkan kami yang pada mulanya meraung dengan pemergian along kembali tenang . sebelum along 'pergi' , along sempat tinggalkan amanat . along pesan supaya saya sentiasa menjaga Encik Blog dia tapi along tak beri pun emel mahupun password dia . kerana itu baru sekarang saya dapat akses blog along, baru je jumpa kekunci dia, rupanya tersorok bawah katil je -.-' . saya harap Encik Blog faham, tuan dia dah tiada . saya sengaja post entry ini supaya rakan-rakan arwah tahu akan 'pemergian' arwah . Al-fatihah .

doakan along ditempatkan dlm kalangan orang2 yg beriman, insha-Allah,
MOHD DANISH MD SHAH . ~~

Terdiam aku . nak menangis , tiub air mata pun aku takde . hingus pun tak boleh nak meleleh . tapi aku faham . setiap yang pergi tu dah ditentukan ajalnya . Death is certain, but the time is not . Masa akan tetap berjalan walau selaju mana pun kita lari . aku faham aku tak boleh nak ubah situasi . aku akan berubah tuan . tiada lagi MOHD FARIS yang kuat membebel , tiada lagi MOHD FARIS yang tabah hadapi situasi . tiada lagi dia . Dia dah tenang di 'sana' .

AKU CUMA SEBUAH BLOG. BLOG YANG UMPAMA DAIRI :') . TERIMA KASIH KEPADA MOHD FARIS BIN MD SHAH KERANA MENG'HIDUP'KAN AKU .

******************************
1st . entry dah siap ^^
2nd . alamak , TERLEBIH 350 WORDS ==' . sorry mister kamil, harap tak kisah .
3rd . dah terjah bloggerwanita.com tu :)
4th. dah vote video tapi tak reti print screen . harap maaf . terjah FB saya kalau nak bukti ,
bertarikh 13 APRIL 2012, jam 9.24 p.m. [plus minus] .
5th . dah like kedua-dua fan page : Rochelle_secret dan EM Shop .
6th. impian saya sebagai blogger? -> saya nak kutip seberapa banyak pembaca setia blog saya walaupun mereka tak follow n,n .
7th . okay, dah siap, dah hantar :D


permintaan :

sila tinggalkan komen anda , kerana komen anda membantu saya mempertingkatkan
prestasi blog saya . thnx ! ^^


bulan itu indah,
imny.hlovate .

9 comments:

  1. huhu...pserta pertama yg wt pasal kisah sedih...
    thx sbb join...gudluck...

    ReplyDelete
  2. salam...kamil ada update tentang syarat dan hadiah baru...take note ye... :)

    ReplyDelete
  3. w'slm . okay . terimakasih kamil ^^

    ReplyDelete
  4. sedih.. hee , good luck ye!

    ReplyDelete
  5. hyee . sedih , muram jee . btw , nice blog . 1st time gucy singgah sini . singgah lah blog gucy :) daaa

    ReplyDelete
  6. sedihnya.huk3 sebak rasa.. hehhe gudluck awak!! ^__^

    ReplyDelete
  7. pheww , x sia2 masuk blog ni , mengingatkan diri pasal mati , trully citer ni sedih ar , emotional kjap baca citer nih ,

    btw gud luck ea , hehe ,

    ReplyDelete
  8. heyhooo! hee. goodluck! nuha datang jenguk dari contest yang sama :)

    jemput jenguk :p

    jejariberjiwa.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html

    ReplyDelete
  9. salam singgah dtg bace karangan awak..dtg dri segmen same..jmput sggah ke http://akmaluv90.blogspot.com/2012/04/contest-aku-sebuah-blog-by-kamil-kahar.html thanx(^_^)

    ReplyDelete