Followers

Thursday, November 22, 2012

SELAMAT HARI LAHIR AMIR AFIQ ^^

buah kedondong limau kasturi,
assalamualaikum selamat pagi ! :)

gambar dari pakcikk Facebook ;)


Muhammad Amir Afiq bin Suhaimi, itu nama yang terpateri . aku kenal dia masa kat SMKAP [sekolah menengah kebangsaan agama Pedas . tp skrg dah tukar nama kepada SMKA DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL] . maksudnya, dari form 4 aku kenal dia . orangnya tinggi (yeke? haha) ,dan pemalu ~.~ . okay, ini kisah benar ehh . sebenarnya harini (21NOV2012) = hari lahir beliau . 18 tahun dah dia . dah boleh jadi bapak orang . HAHA .

my wish : wishing you have a great time today . kullu 'am wa antum bikhair . semoga Allah memberkati anda and may success be aside you fiddunya wal akhirah in shaa Allah :) . Hidup perlu diteruskan walau apepun yang terjadi . Pal, i will always at your back .Jgn cepat mengalah ! just ask for my help when ever you need me ^^ . dan, doakan kejayaan bersama ! :D

okay, aku nak admit satu perkara kat sini *dgn harapan kau membaca post ny ^^'* . aku sebenarnya tak kenal pun kau yang mana 1 masa form 4 walaupun kau pernah jejakkan kaki kat kelas aku. serious aku tak tipu ! aku cuma tau nama je sbb budak-budak ny selalu canang nama kau . al-maklumlah aku ny kan pemalu :3 . nak nak aku ny budak baru so mmg tak terdaya laa nak kenal satu batch masatu. cukuplah aku kenal budak kelas aku, tu dah memadai :) . konklusinya sebenarnya aku nak minta maaf atas tindakan aku dari mula kita kenal sampailah sekarang *sambil menghulurkan tangan untuk berjabat* . maafkan aku ya :') 

kami sekarang belajar di institut yang sama, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) , modul yang sama, dan dia ex-budak kuliah aku . mesti korang tertanya-tanya camne boleh jadi macam tu kan? okay, dulu kitorang kuliah S1C . S = jurusan sains , 1 = modul 1 , C = kuliah . both of us tak tukar pun modul,malah tak mohon pun tapi gara-gara ramai budak modul 1 tukar ke jurusan lain maka 3 praktikum(mcm kelas la kiranya) dari kuliah kami terpaksa dibubarkan . praktikum aku la tu :( . aku dulu S1CP7, dan amir S1CP2 so wajarlah praktikum aku dibubarkan . ini gambar terakhir kami S1CP7 ;

Maaf, tak berapa jelas ~

tak banyak benda yang aku boleh cerita sebab aku bukan selalu borak dengan dia, tak selalu terserempak dengan dia  kat matrik uh , dan aku ny memang jenis yang tak amik kisah sangat kalau benda uh tak berapa penting. maaf ^^' .

and as a conclusion , aku sayanggg semua kawan aku :) . Jaga iman, jaga solat, jaga diri leklok . 

p/s : maaf amir afiq, aku habaq kat satu dunia birthday kau .

sincerely,
imny.hlovate^^ .

Saturday, November 17, 2012

Gadis bertudung labuh ^^

buah pulasan sayur keria,
Assalamualaikum pembuka bicara ! ^^

Coretan kali ini bukan terlalu ingin mengupas tentang si gadis bertudung labuh tetapi lebih terarah kepada sebab mengapa saya tidak memilih untuk kekal bertudung labuh bulat ..





Maaf,tetapi sebenarnya saya memang kepingin memakai tudung secantik gadis di atas namun saya mempunyai sebab tersendiri mengapa saya lebih memilih pemakaian tudung yang asalkan menepati syara', itu sudah mencukupi .

~~~
 
saya kelahiran SMKA dan kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah . sebetulnya, warga sekolah agama ni alhamdulillah berjaya membentuk saya menjadi seseorang , lebih terisi dengan kalamullah .. tapi, I know myself well . ikhtilat tu ada la saya langgar sikit walaupun takde la sampai touch touch derr [alhamdulillah, saya masih tahu dan mampu mengawal batas] tp kadang saya melayan rakan-rakan lelaki saya sama seperti layanan saya terhadap rakan segender . dan , bila perangai gila saya keluar, tak sesuai pulakk untuk imej si gadis bertudung labuh .

maka, untuk tidak memburukkan imej si gadis bertudung labuh dengan gaya getik saya yang kadang-kadang over, saya hanya memakai tudung 50' setidaknya, atau kadang memakai tudung yang cukup syara' [tak jarang, labuh melebihi dada] , sesuai dengan keselesaan. saya tak mahu gara-gara saya, semua melabel si gadis bertudung labuh tu mesti macam saya jugakk kan,, haih, kerana nila setitik boleh rosak imej !

tapi kadang ada juga saya perhatikan gadis-gadis bertudung labuh yang berada di kampus saya . kadang-kadang terbit rasa kecewa. perasaan malu menerjah :( . daripada pemerhatian saya, ada sesetengah mereka bertudung labuh tapi bermulut 'laserrr' , ada pulak perangai mengalahkan budak bilik depan bilik saya . ada tu pulakk , haih, taknak la cerita lebih, buat malu kaum je. ny pun saya sekadar berkongsi, nak beri peringatan .

kita ny kaum Hawa, kaum yang penuh dengan tatasusila, kaum yang penuh dengan kesopanan. jangan  kerana imej tudung labuh yang anda bawa, anda terus melabel diri anda baikkk . belum cukup baik macam Malaikat lagi anda tahu. Jaga-jaga. wanita yang bertudung labuh ni acapkali dipandang perbuatannya oleh remaja-remaja perempuan di luar sana. Awas andai anda tersilap langkah !

saya cuma menasihat atas dasar simpati, atas rasa kasihan, dan atas dasar nama kita wanita . minta maaf, no offense ^^v .

"Muslimah solehah adalah mereka yang tidak memandang dan tidak dipandang"

 p/s : saya masih cuba untuk menjadi bidadari syurga walau kadang semangat tak kental :( . doakan saya ya semoga istiqamah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya,, ameenn ~


 coretan,
destini.hlovate^^ 

Thursday, November 15, 2012

kenangan uh mengetuk memori . duhh ~.~

buah karamel buah halkum,
Assalamu'alaikum ! ^^

it's Thursday now . 5 days i am having my holidays and with this 5 days i try to fulfill it with something benefits but the spirit blew away a bit day by day . I'm tortured by my own past . it keeps haunting me day and night . yes , i miss that moments so much as if I could, I want everything being as usual as it can be. 

* Life was never bored . Even we are alone, He is always here by our side . keep smiling . Life isn't that tough^^ *

I'm used to them . their laughter , their smiles , their jokes . that's what makes my day shining . but then, Allah took one of them from me . not permanently , but temporary . Ahha, no worries pal^^ . I am always switching my mind into the positive corner . I understand what you are trying to do , I understand what He is trying to tell me although it is difficult for me to make used of it earlier .

I can't crying. NO ! if I do, it only shows my weakness and my disability of being comfortable with the new atmosphere. I must be strong where ever I go , I have to .

Dear pals ,
I love you less a bit then my love towards my family, but i am still concern of whatever you do, or whatever you might do . Jiwa seorang ibu lah katakan ~ haha . I am hoping that you would be a person , as for myself too . AND , although you are a doctor, an engineer, an architect, a journalist , or even a teacher, don't break our bond . keep connected okay ! and ,, stay still with Allah . take a good care of your solah , yr imaan ,, because without Him, we are nothing .


p/s : burning the midnight oil :)

written by,
imny.hlovate19^^

Wednesday, November 7, 2012

aku si PARI-PARI :)

Pari-pari itu terbang tinggi melihat sirnanya alam . Matahari mencucuk-cucuk kornea mata memaksa dia menutup kembali kelopak matanya . 

''Arghh, dah pagi . Apa khabar agaknya si puteri pengarang jantung hatiku~ *tersipu-sipu malu.eheh*''

Katilnya dikemas rapi sebelum kaki melangkah pergi menghirup udara pagi. Segarnya pagi ni subhanAllah, tak terkata ! Sambil bersiul-siul dia terbang lalu hinggap di atas dahan pohon yang rendang . Dari situ accidently dia terlihat puterinya menangis . terpaku . terpempan . puterinya tak pernah begini . puterinya selalu memaparkan wajah yang ceria . puterinya ... aishh , ni bukan masanya untuk berdebat. Puterinya sedang menangis ! why my dear, why ???

si puteri ~
sambil memandang ke luar jendela dia omong sendirian. di sebalik wajah putih mulusnya there are transparent liquids that shed and rolling down her cheeks .

'awak pergi, awak tinggalkan saya terkontang-kanting sendirian. tiba-tiba pulak tu. kenapa? 
awak pergi, awak pesan suruh saya jaga diri saya baik-baik . awak kata insha-Allah kalau ada jodoh kita akan bertemu lagi. bila tu awak ? T^T ..
awak, saya sayang awak. terlalu sayang . tapi bila awak tiba-tiba kata macamtu awak seolah-olah membunuh sebahagian jiwa dan raga saya . lemah. saya tak berdaya.
di hadapan awak dengan tenangnya saya berjanji pada awak yang saya relakan perpisahan sementara ni..
di hadapan awak air mata ini kaku, keras,.. tak pernah nak bekerjasama untuk mengalir..
tapi rasa itu menekan hempedu, eh, menusuk sembilu :'( ...'

si pari-pari~
''rupanya, dalam tawanya ada derita. dalam resahnya ada gundah gulana. bijak sungguh dia simpan rahsia . aku pun tertipu. adehh .''

lalu, si pari-pari mendekati si puteri, perlahan-lahan.. sepantas itu dia mengesat airmata yang mengalir, menghilangkan bekas-bekas tangisannya sebentar tadi .

'hai pari-pariku, apa khabarmu? :D'

si pari-pari tersenyum .
''Alhamdulillah puteriku sayang, aku baik-baik aja^^ . puteriku, sebenarnya aku tak betah melihatmu begini . terus-terusan dihurung dilema. puteriku, sabar sayangku. sesungguhnya Dia tak beri apa yang kita mahu malahan Dia beri apa yang kita perlu. percaya pada Dia ya sayang :)''

dan air matanya berhamburan sekali lagi....

'ya Allah, 
diri ini melutut, memohon dengan penuh kerendahan hati, ampuni dan terimalah taubat ini, permudahkanlah jalannya, kuat serta tegarkanlah hati serta jalannya.
aku berserah pada-Mu ya Allah, sesungguhnya telah kusedari semua ini dulu ya Allah, namun ternyata kekuatanku belum cukup untuk bertindak , maka kini setelah aku makin sedar dan punya sedikit kekuatan, tak ingin lagi aku tangguhkan ya Allah, tak ingin lagi aku lewat-lewatkan ..

ya Allah,
bantulah aku untuk melangkah, seandainya dia benar milikku yang telah Engkau tetapkan di Luh Mahfuz, seandainya juga dia baik untuk agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku, samada cepat atau lambat, takdirkanlah dia untukku, permudahkanlah serta berkatilah dia untukku , tolong jagakan dia ya Allah ..

namun jika sebaliknya ya Allah, .... Engkau redhailah hatiku, Engkau jauhkanlah aku daripadanya dan jauhkanlah dia daripadaku, Engkau buangkanlah segala rasa yang mungkin timbul ini ya Allah ...

ameen ya Rabbal 'alamin ~'



sedetik rasa,
imny.hlovate ^^