Followers

Saturday, November 17, 2012

Gadis bertudung labuh ^^

buah pulasan sayur keria,
Assalamualaikum pembuka bicara ! ^^

Coretan kali ini bukan terlalu ingin mengupas tentang si gadis bertudung labuh tetapi lebih terarah kepada sebab mengapa saya tidak memilih untuk kekal bertudung labuh bulat ..





Maaf,tetapi sebenarnya saya memang kepingin memakai tudung secantik gadis di atas namun saya mempunyai sebab tersendiri mengapa saya lebih memilih pemakaian tudung yang asalkan menepati syara', itu sudah mencukupi .

~~~
 
saya kelahiran SMKA dan kini sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah . sebetulnya, warga sekolah agama ni alhamdulillah berjaya membentuk saya menjadi seseorang , lebih terisi dengan kalamullah .. tapi, I know myself well . ikhtilat tu ada la saya langgar sikit walaupun takde la sampai touch touch derr [alhamdulillah, saya masih tahu dan mampu mengawal batas] tp kadang saya melayan rakan-rakan lelaki saya sama seperti layanan saya terhadap rakan segender . dan , bila perangai gila saya keluar, tak sesuai pulakk untuk imej si gadis bertudung labuh .

maka, untuk tidak memburukkan imej si gadis bertudung labuh dengan gaya getik saya yang kadang-kadang over, saya hanya memakai tudung 50' setidaknya, atau kadang memakai tudung yang cukup syara' [tak jarang, labuh melebihi dada] , sesuai dengan keselesaan. saya tak mahu gara-gara saya, semua melabel si gadis bertudung labuh tu mesti macam saya jugakk kan,, haih, kerana nila setitik boleh rosak imej !

tapi kadang ada juga saya perhatikan gadis-gadis bertudung labuh yang berada di kampus saya . kadang-kadang terbit rasa kecewa. perasaan malu menerjah :( . daripada pemerhatian saya, ada sesetengah mereka bertudung labuh tapi bermulut 'laserrr' , ada pulak perangai mengalahkan budak bilik depan bilik saya . ada tu pulakk , haih, taknak la cerita lebih, buat malu kaum je. ny pun saya sekadar berkongsi, nak beri peringatan .

kita ny kaum Hawa, kaum yang penuh dengan tatasusila, kaum yang penuh dengan kesopanan. jangan  kerana imej tudung labuh yang anda bawa, anda terus melabel diri anda baikkk . belum cukup baik macam Malaikat lagi anda tahu. Jaga-jaga. wanita yang bertudung labuh ni acapkali dipandang perbuatannya oleh remaja-remaja perempuan di luar sana. Awas andai anda tersilap langkah !

saya cuma menasihat atas dasar simpati, atas rasa kasihan, dan atas dasar nama kita wanita . minta maaf, no offense ^^v .

"Muslimah solehah adalah mereka yang tidak memandang dan tidak dipandang"

 p/s : saya masih cuba untuk menjadi bidadari syurga walau kadang semangat tak kental :( . doakan saya ya semoga istiqamah dan menjadi lebih baik dari sebelumnya,, ameenn ~


 coretan,
destini.hlovate^^ 

1 comment:

  1. bodoh kayu.mcm pandai tp bangang.makin lama idup makin jahil

    ReplyDelete