Followers

Tuesday, December 31, 2013

keberadaan :)

Life,
Tak pernah menjanjikn sesuatu yang indah, or even menjanjikan keadilan. Tapi, life will always try to pamper us with hope so that we will feel as if we still have some chances. No, not as if, but indeed, we are given another chances . Bezanya, pandai atau tidak kita rebut, itu je .

"Tiada istilah kawan baik antara 2 jantina yang berbeza."

Mungkin, itu silap aku sejak dari mula. I thought you as my bestfriend whom I rely on to. Apa-apa semuanya aku utamakan kau sedangkan aku terlupa aku ada kawan baik sejantina yang lain. Seringkali aku menjadi tamak bila sesuatu tu ada sangkut paut dengan kau.

Aku jadi jealous .

But then , I realized that kau bukan aku punya. Not permanently . Kau masih boleh dikongsi . Aku tahu aku salah , so aku sentiasa cuba jadi tak peka bilamana they talked bout you, pointed out your kindness and arghhh !!! Stress !

Everything going smooth for two years . Study week . Chatting . Hang-out .
Just as normal as you can see. Tapi kalau dinilai semula, kami dah melebihi batas-batas pergaulan yang dibenarkan . Kau sedarkan aku. Mungkin kau bukan org yang pertama cuba untuk sedarkan aku tetapi melalui kau lah aku perasan semua benda ni.

"Ikhtilat means batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan . Dalam Islam sendiri ada batasnya.
Antara lelaki dan perempuan itu hanya boleh saling menegur jika punya urusan kerja sahaja.
Kita nih kalau kau perasan dah lebih. Bercanda. Melepak. Hang-out sama-sama . Itu dah lebih kepada enjoy !
Aku harap kau faham. Aku harap ini last text aku dengan kau."

Ragu-ragu, tapi aku setuju jugak dengan statement dia.

Lama aku tak contact dia. Terasa sunyi . Keseorangan. Terasa seolah-olah semua orang tak boleh dipercayai.

Aku kembali menjadi aku yang dulu. Pemendam terlindung dalam keceriaan yang aku pamerkan. Tipulah kalau aku tak pernah rindu dia. Tipulah kalau aku kata aku tak ingat dia. Bila dah sampai satu tahap, those tears will burst. Dan ia berlaku bukan sekali .

Kadang2 aku fikir gak ape sebabnya aku jadi camni? Apa sebabnya aku fikir macamni?
The answer is, i did not return to Allah.

"When you realized that there's no one in the world except you, think about this. You have Allah, and He will never leave you behind. InshaAllah, rasa sunyi tadi tu akan kembali pudar :')."

Setahun setengah gak lah aku cuba bangkit dalam kepahitan. Mujur aku diberi kawan-kawan yang memahami, mereka tak putus2 bg semangat .

And now, it's the end of 2013. 31.12.13 . And I thought of thinking it as the end of our story. *breath in... breath out*
Memories of us will slowly vanish. Bukan aku tak sayang, tapi aku takut hati aku mengkhianati tuannya sendiri :p.

Let the time fades, and let the future decide.

Andaikata Allah pertemukan kita kembali coincidentally in nowhere, semoga itu merupakan saat kita bermula dengan sesuatu yang fresh .
Aku akan sentiasa doakan kau, kawan :') *hugging*

Tulus ikhlas,
Ms. Pipo bunchet :p




Saturday, November 30, 2013

Kakiku Patah #3

Gelap . Tanpa walau sekelumit pun cahaya. Aku rimas !
'Ish, apebenda yang tindih aku nihh? Hadoi!! Macam takde tempat lain je nak landing!', sambil tanganku lincah mengalihkan segala benda yang tindih aku tadi. Erghh, kotak je punnnn rupa-rupanya. Buat cuak aku je fikir tu apebenda haih.

Kaki kemudiannya kuhayun dan kutalakan pandangan ke sekeliling. Aku kecilkan pandangan. Dan kukecilkan lagi. Lampu tidur, buku-buku, meja belajar ... segalanya macam pernah kulihat! Ya, tempat ni

Friday, November 29, 2013

Kakiku Patah #2

Subhanallah. Lazuardi warna langit petang ni. Gabungan warna merah keorenan, dicelup sedikit dengan warna kuning, langit tersebut kelihatan sangat cantik :'). Angin pula sepoi-sepoi bahasa seolah-olah memahami bahawa sesungguhnya hamba Allah yang seorang ni sangat-sangat memerlukan ketenangan.
Ya, ketenangan.

Sore tadi, kami berbalah. Aku dan kakakku . Arghhh, aku lupa kami bergaduh tentang apa ! Otak tengah berserabut hishh!! Karena itu aku lantas

Kakiku Patah #1

Aku toleh ke kanan . Dan kemudian ke kiri . Aku pandang abang. Dan kemudian ke kakak. Dan situasi itu berulang-ulang sehingga aku merasa penat sendiri .

"Kenapa abang dengan kakak buat keputusan untuk adik? Adik tak cukup besar ke nak buat keputusan sendiri?? At least mintak laa pandangan adik dulu.. Ini melibatkan hati dan perasaan tau tak !  ", Julia menyeka airmata yg mengalir. Sedihnya bila biological family buat kita macamni. Macam kita nih hati batu pulak . Tak fikir perasaan aku ke?? Wuuwuuu. Umi, abahhh ... If only

drawing about the missing part in our drama :3

buah nangka lemak manis, 
assalamualaikum selamat pagi!! ^.^ 

haritu ade teraiii melukis. oho. terai je ehh. tapi fiuhhh,  letih taukk. i just draw a simple drawing tapi itupun dah guna banyak keringat -.- . hadoi. acanelaa depa kartunis uh sume mampu bertahan melukis berjam jam, malah berhari2?  choyy ! mmg gua takkan smbbung degree dlm kos ni ahh. takde  chemistry ouhh. hahaha.

btw bout the drawing. ia mengisahkan tentang

Sunday, October 13, 2013

periuk nasi :3

keringat menitik-nitik ,
salam yang diberi jgn lupa dikirim #ehh :3

2nd September 2013, that was the date when i enroll UCSI University. Alhamdulillah, ini semua hasil tajaan YPPB :') , or in long name is Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera . BEng. (Hons.) Chemical Engineering , that's the course that I am now pursuing . sama je kos tu dgn kos yang aku dapat untuk IPTA : UMP :) , but

Wednesday, August 7, 2013

ucapan hari raya :))

Assalamualaikum sahabat semua! kaifa haluk? ^.^

tomorrow will be our last day of Ramadhan for this year, and today is the last day of tarawikh.. semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu dgn ramadhan yang akan datang inshaAllah :') . satu tahun lagi .




Dikesempatan ini, saya, pipo nak wish untuk hari raya. hoho. but firstly, kepada mereka mereka di bawah :

perd - Allah uji kau macam2 bulan puasa nihh. aku harap kau terus kuat. No . bukan terus kuat tapi cuba untuk jadi kuat. aku, eh kitorg sentiasa ada untuk kau inshaAllah :') . *sambil tepuk bahu* sabar tau kawan :) .
btw,

Wednesday, July 24, 2013

teka silang kata.

labu labu labi,
selamat pagi ! :3

Assalamualaikum sahabat semua ~(^.^)~ . como esta?
hoho. macam2 bahasa keluar sekarang nih. takpe laa, ilmu baru :)

pagi tadi selepas pipo and syu me'release'kan new post di laman sesawang muka buku, En. Hafiz pun ikut join sama . ehh , sape dia tu? haa, ini yang nak kenalkan nihh :D

Name : Muhammad Hafiz bin Abdul Aziz
Age : sweet 19 :3
D.O.B : 6th October 1994 (hmm, tak lama je lagi tu. sempat lagi nak fikir hadiah ape nak bagi kat dia. ahaha)
Address : Nilai :)
Link : http://hafizurameshimisimovic10.blogspot.com/


2 tahun beliau meninggalkan dunia blogger atas personal reasons dan kini

tough :')

ikan salmon masak asam,
Selamat Malam ! ^.^


Assalamualaikum , o-haiyo gozaimasu?
hoho . harapnya sume baik-baik belaka :) . Nak nak di bulan Ramadhan ni . 15 Ramadhan . alhamdulillah sbb kita diberi keizinan untuk merasai Ramadhan tahun ini sehingga kini :') .

oh iye. sebenarnya post kali ni nak promot blog seorang sahabat . tapi mari kita kenal siapa dia :D

Name : Muhammad Syahril Syuhada bin Rosli :)
Age : 19-year-old
D.O.B : 30 July 1994 (jangan lupa post kan hadiah untuk dia ! eh, skali dgn duit raya tau !! XD)
tempat tinggal : Bahau :3
Cita-cita : nak jadi macam Mr Crab. penuh dgn usaha untuk capai cita-cita dia ! (ops. nihh reka sendiri jehh. hoho)

dia bukanlaa baru sangat dalam dunia blog nihh tapi dia cuma dah lama tak menaip post untuk blog lama dia . yeahhh , kunkun

Monday, July 15, 2013

Keperluan di universiti :3


A)KEPERLUAN BELAJAR

1)Dalam pencil box : pen(pen biasa dan penwarna),pensel,pembaris,pemadam, pembaris,gunting, pisau,correction paper,klip kertas,punch,salotep, glue,highlight,stapler&ubat stapler,calculator,pen marker,jangka lukis,set geometry

2)Kertas : kertas A4,kertas exam,kertas graph,kertas warna,kertas mahjung,kertas lukisan

3)keperluan lain : pendrive,cd kosong,buku latihan,lab coat,kamus,fail,pembalut buku,pembalut hadiah,laptop,broadband,water colour,pencil colour


B)KEPERLUAN MANDI ATAU MEMBASUH dan MENYIDAI

1)Ketika mandi :

Wednesday, July 10, 2013

speaking test :)

Amir Azienuddin daddy Hanum,
Assalamualaikum ! ^.^

9th of July :)
in short story, that day was the day of my speaking test. okay, terasa sedikit gelabah. sedikit neves. sume benda tak jadik ==' . but alhamdulillah, a friend of mine gave me his support. thank you peeps :') . tapi yang tak tahannye depa kata Muet den band 6, confirm! =..= . den tak pandai English laa T.T .


there were 2 examiners. 1 Malay-man, 1 Indian-woman. and yes,

Monday, May 13, 2013

i am your past :')

pucuk limau buah kasturi,
assalamualaikum selamat pagi ! :D

tak kisah laa kau baca ke tidak entry ni, yang penting i can deliver what i want to you.

you've grown enough pal . aku perhati je kau daripada jauh . gelak kau, tawa kau , cakap kau, seolah-olah menunjukkan yang kau tak dihimpit dengan kekosongan . I am happy :') . yelahh , sape tak gembira kalau kawan dia gembira . tapi aku rasa bahagia bila dapat nampak kau boleh gelak even without me . itu menunjukkan kau dah berjaya adapt dengan surrounding .

so, it seems like I am not in need anymore .. yelaa , ape je yang aku boleh bantu . pelajaran? duhh , course kita berbeza . accompany? i think there's no need. kau dah ada mereka untuk teman kau sepanjang perjalanan kau . hm, mungkin betul laa cakap kau , haluan kita dah berbeza . i can't help much . nak borak-borak dengan kau pun macam takde idea . 

tadi , aku unfollow twitter kau walaupun sebelum ni aku berdegar-degar nak follow kau . taktau laa . aku takut aku takleh terima hakikat yang kau tak perlukan aku . hahaha , tak munasabah kan alasan aku ? okay , sila abaikan ==' . hm, berbalik kepada cerita tadi , aah , itu apa yang aku rasa . err , ini dikira buat sesuatu guna emosi ke? bukan ke 1st reaction kita yang dikira sebagai 'buat sesuatu guna emosi' ? tapi , yang ni aku dah pikir 4,6 kali dahh . cumanya, aku rasa waswas . betul ke tindakan aku ni?

walau apapun , aku sentiasa berharap, aku sentiasa berdoa , moga kau tabah harungi hidup kau :') . kita nampak je macam dekat tapi sebenarnya kita saaaaaanggggatttt lah jauh . dan aku kena terima juga kenyataan ni andai kata kau dah tak benarkan aku jejak hidup kau lagi . jaga kesihatan kau . jaga iman kau . jaga solat kau . jaga diri kau .. adehh , mata masuk habuk laa pulokk . hahaha .

maka , di kesempatan ni aku nak mintakkkk maaf sangat-sangat , asif jiddan , for all my wrongdoings , tubce ~ minta maaf gak atas apa yang aku pernah buat kat kau sepanjang perkenalan kita . tak sangka kejap je rupo eh Allah mintak tolong aku temankan kau .. adehh , mata masuk habuk lagi . tsk :( . ouh ! aku nak minta maaf gak atas segala kelakuan aku selama ni . gedik santai aku , friendly aku , cembeng aku #eh? , ngajokk aku , salah paham aku , sikap jealous aku , tacing aku , and etc. . kekadang aku akan jadi camtu lagi lagi bila dah rapat . harap korang selesa .. hm, aku pena try untuk tak tacing dgn org lain dah tapi , haha , mulut kata okay walhal muka dah berubah kelat !

and aku nak kau tau gak bahawasanya ,


ana uhibbuka fillah !
inshaAllah , moga selamanya begitu :') . uhibbuka fillah ya sodiqi .

now, i am your past . keep on going with your future life and stay still . kalau kau perlukan aku , bila-bila je aku ada kat sini okay :) . jangan cepat mengalah ! *sambil tepuk bahu* , saya berbangga dapat kenal awak . 

#biaq aku habaq kat satu dunia benda ni .

yours truly,
:)

Friday, May 10, 2013

NOKTAH :)

buah pala buah kedondong,
Assalamualaikum :DD

bersempana Maulidur Rasul yang masih terasa sengatnya, ajk CoMMaNS telah bersepakat untuk mengadakan variety activities antaranya : pertandingan nasyid , kursus sembelihan , perarakan Maulid Nabi , pertandingan banner Maulidur Rasul antara blok , madih perdana , ceramah 'Tears of Palestine' , qiam + sahur + iftar perdana , dan banyakkk lagi ! salah satu acara yang kami sertai ialah

Wednesday, May 8, 2013

hai . dia crush saye :3

Assalamualaikum , haiii semua :DD

       hmm , aku pernah cerita tak pasal crush = orang yang aku suka masa form 1 dulu ? hm, macam tak pernah cerita je . malas laa nak cerita . HAHA . yela okay okay aku cerita tapi hehehe , malu laa pulak nak cerita tapi takpelaa , benda dah lepas kekadang tak salah pun cerita :) .

ceritanya begini :

       His name is Imran . Muhammad Imran bin Solahuddin. we were of the same school and of the same class . Acane aku memula kenal dia? hm , masa ktorang terserempak kat depan pintu masuk dewan untuk dengar taklimat . tak, sebenarnya, aku yang ternampak dia . masatu dia dengan kengkawan dia on the way nak masuk dewan tapi dia jalan, astaghfirullah al-'azim . tersangatlah loading ! sabar jelaa haii ~ lepastu tak sangka pulak kitorang are allocated in the same class . patut laa ha aku rasa macam pernah jumpa dia je . haihh =..= . dan hari pun dilalui seperti biasa :) .

pinjam dari pakcik facebook :3


       precisely, how did I knew him? sebabnya, dia uh anak cikgu . yeah , I am too . sebab tu aku kenal dia lebih sikit daripada orang lain [kot] . haha . tapi entah macam mane boleh terjatuh suka kat dia pulak haishh ~,~ . 4 tahun aku suka orang yang sama jee walaupun masa form 2 dia pindah sekolah . hm .. masa dia pindah skola uh , semua orang rasa sedih , termasuk laa aku tapi aku takde laa sampai menangis dehh . simpan dalam hati sudaa . masatu aku tengok dia relax je nak pindah , muka takde reaksi sedih pongg . semua orang dokk nangis pasal dia tapi dia boleh sengih-sengih lagi ! haih , apela ~

       then masa form 4 dia pindah petra semula , selepas kitorang berkeras suruh dia pindah sini =..= . hehehe , kejam tak? hahah XD . tapi rupa-rupanya kedatangan dia hanya untuk seminggu je . alasan dia , mak dia tak bagi dia amik Add Maths ! alasan tak logik -,- . then kebetulan pulak pada masa yang sama, aku dapat tawaran untuk sambung blaja di smkap . apelagi , aku pun join laa dia pindah gak . hehe . minggu tu minggu terakhir dia , juga aku :') . bila kawan aku tau pasal perpindahan ni (sodeh lak nak cite) , menangis dia ! memula uh before diorang tau aku nak pindah , kawan aku uh mintak tolong aku pujuk si Imran nihh . dia kata 'kau tau tak wehh , masa seminggu dia kat sini tak dapat nak ganti 2 tahun dia pergi ! T.T' meleleh aku ~ tapi lepas diorang dah tau aku pun nak pindah gak , apelagi, banjir kelas uh dengan airmata diorang !! forgive me pal, i have to move on :'( .

       cerita lama bila dikenang, tersentap hati ni . haih . dah lama tak dengar habaq dia . apa yang aku tau pasal dia sekarang adalah, dia budak stpm kat SHAMS , sekelas dengan Nashrul and Afiqah Mazlan . ouh ! haritu dia ada lawat kawan2 skola menengah dia yang ada kat kmns nihh . alang-alang uh dia nak jumpa aku gak . perghh , gelabah ouh masatu , yela , dah laa kitorang tak laa rapat sangat , tetiba dia nak jumpa . terharu seyh ~ . tapi sebenarnya , kitorang tak sempat nak jumpa pun sebab dia dah nak balik masatu . hm . takpe laa . kot ada rezeki nanti kita jumpa laa kat mana-mana :) .


       please percayakan aku , sejak aku form 4, aku dah tak suka kat Imran dah . I mean, aku masih suka dia cuma sebagai seorang kawan jela :) . yeahh, dia sangat disenangi . aku harap he is still him , or he might have some improvements ^^ . i hope so . jaga iman, jaga solat, jaga diri elok-elok pal . adios :DD .

love letter ,
imnyhlovate .

Saturday, May 4, 2013

keletak keletuk diary matrik-ians :')

buah mengkudu buah laici
Assalamualaikum selamat pagi ^^ ! 

video



ini kami , batch 2012/2013 :) . macam-macam ragam adaa ~

ktorg kat sini panggil 'kelas' as 'practicum' and i got practicum S1CP7 . 'S' = aliran sains , '1' = modul 1 , 'C' = kuliah and P7 = kelas ke tujuh . biasanya kuliah besar ada 8 praktikum .

okay, sorry for the bored introduction . haiii haii sume SPM candidates batch 2011/2012 especially yang dpt tawaran matrik :DD . nihh akak nak cerita serba sedikit kisah ktorg as a matrix student and pengalaman yang boleh dikongsi bersama ^^ .

sape yang dapat tawaran matrik uh , for sure mesti korang akan tanya "matrik tu susah tak? blaja dia acane?" . yeahh, itu soalan paling common sekali . condition kita sama je dik masa akak memula dpt tawaran matrik tu dulu . rasa macam nak merayuuu je untuk kemasukan ke form 6 walau pada masa yang sama hati ni berat sangat nak masuk form 6 . dah laa nanti kena pakai baju sekolah balik , haihh =..= . maka akak buat tak kisah , akak redahhh je hehe sebab ... akak mane dapat mana-mana tawaran U :( . hm, sedih memang laa sedih but I know Allah plans something for me here :) . maka dengan hati yang terbuka, kugagahkan jua kaki melangkah ke pintu masuk KMNS *cehh, ayat skema habis! haha XD .

nak dipendekkan cerita , akak dapat tawaran untuk ambil aliran sains madul 1 (math, kimia, bio, fizik) . mesti korang cakap susah kan amik pure sains? hehehe . okay laa okay , frankly speaking, masa memula akak masuk kuliah dulu, akak rasa macam nak muntahkan balik semua yang akak dah blaja . tak boleh nak absorb ! konon-kononnya akak ni masih baru lagi blaja subjek sains ni sume tanpa akak sedar bahawa sebenarnya akak sedang cipta alasan kat diri sendiri .. akak tak berusaha pun nak fahami segala yang cikgu ajar sebabtu akak macamtu . tiba-tiba akak jadi segan kat budak2 Chinese ni . bersungguh-sungguh dyorg blaja sedangkan situasi kitorang sebenarnya sama je, we are still new to the environment .

lagipun akak ada terfikir gak *penatkan asyik berfikir je* , asyik Chinese je yang selalu kat atas . bangsa Melayu bila lagi? kalau adapun, segelintir je . where is the rest of them ? :'(  , hampir nak meleleh airmata ni bila akak sedar akak pun sebahagian daripada mereka yang ketinggalan tu . sebak merajai diri . maka, selepas tersedar daripada lena yang panjanggg tu , akak bertekad nak buat satu perubahan . takkan Chinese tu je yang nak berjaya . apa salahnya kalau akak join sekali betul tak? Initially , perit jugak laa otak ni bekerja keras . dah laa kena paksa pulak tu buat 'kerja overtime' . pernah laa jugak akak migrain sampai hampir nak pengsan . masa ada kelas pulak tu ! tapi akak buat dekk je, akak buat macam takde pape and pergi kelas seperti biasa . sakit tu akak gantung harapan kat Allah je .

sebenarnya akak ni bukanlah seorang yang rajin sangat nak stay-up -,- sebabtu masa kat kuliah seboleh-bolehnya akak nak fokus apa yang cikgu sedang sampaikan (tapi pernah je akak terlentok masa kuliah , dahlaa akak duduk kat barisan depan ! maluu ~) . mungkin sebabtu kott dyorg cakap akak ni rajin laa, study hard laa , pandai laa , hm . akak baru je blaja berlari , mulakan berlari pun takk lagi tapi diorang dah kata macamtu . biarlah . kalau apa yang akak buat boleh naikkan semangat belajar mereka , akak suka . bahagia . tapi kalau boleh tajdid (perbaharui) niat uh lillahi ta'ala , bukan kerana akak, okay :) .

ehh kejap kejap ! sebenarnya akak lupa apa tujuan akak post entri ni . hm ,,, haa ! hehe . tadi korang bersemangat kan nak tahu life kat matrik ni susah ke tak, kan? sebenarnya , susah sikit laa . alahaii , nak belajar manade semua senang . rempuh jela , macam tak biasa je . tapi mujur Allah hadirkan rakan-rakan se-aras juga sekelas dan sekuliah yang sanggaatttt ... maaf, tak terkata pulak . hehe . tahu kenapa akak cakap macamtu? sebab, they are my strength :') . adanya mereka , akak rasa sangat-sangat bersemangat nak belajar , terutamanya bila akak dijadikan sebagai tempat rujukan . eheh , rasa rendah diri lahh pulok . yelaa , my mind is still not full with knowledge tapi demi taknak kecilkan hati diorang, akak cakap kat diorang , "saya tolong mana yang tau ehh . mana yang taktau kita blaja sesama ya ^^" .

floor-mate :DD

SMKAP , imissthem :'(

FEW PICTURES OF S1AP8 .












akak tak pernah rasa menyesal belajar di matrik malah bersyukur sangat-sangat . bermula daripada sini, kami belajar perlahan-lahan culture U supaya tak culture shock nanti . kami kenal erti kerjasama . kami mengerti erti persahabatan . kami bina ukhwah yang lebih tersimpul kukuh . alhamdulillah , 9 bulan kami tempuh sama-sama , dan sekarang perpisahan uh ditangisi dengan berbaldi-baldi air mata . T.T , pelukan yang terakhir itu terlerai jua . lambaian 'selamat tinggal' disambut . kaki kami gagahi jua melangkah pergi dari KMNS . selamat tinggal lubuk ilmuku yang tercinta :') .

aishh , tangkap lelehh la pulak. hehe .  hm , konklusinya , belajar kat matrik ni tersangatlah OHSEM ! yang penting tak perlu nak merungut sangat bila Allah timpakan sesuatu kesusahan . berlapang dada, fikir positif . then, seboleh-bolehnya study dulu sub-topic yang berkaitan before masuk kuliah . paling baik , study dulu beberapa hari before kuliah supaya korang dapat serapkan pemahaman kat sub-topic uh . akak dah pernah buat, so akak tau perkara ni SANGAT BERKESAN, inshaAllah . serious tak tipu ! lepastu, hm .. hah tutorial ! pastikan terbuat and siapkanlah eh . tak rugi punn . ni untuk masa depan korang jugak nak rujuk time exam nanti . in addition , cuba jadi berani dalam melontarkan pandangan korang . rasa takut? malu? sila usir jauh-jauh .

hm, rasa-rasanya setakat itu jela yang akak dapat sampaikan . moga berfaedah buat kalian :) . ape-apepun , perkara utama yang korang kena buat ialah tajdid (perbaharui) niat belajar uh lillahi ta'ala . inshaAllah, ilmu yang korang tengah cedok uh akan melekat lama sikit dalam minda uh . okaylahh , itu je kot . assalamualaikum ^^ .


tinta mata pena ,
imnyhlovate:)