Followers

Monday, May 13, 2013

i am your past :')

pucuk limau buah kasturi,
assalamualaikum selamat pagi ! :D

tak kisah laa kau baca ke tidak entry ni, yang penting i can deliver what i want to you.

you've grown enough pal . aku perhati je kau daripada jauh . gelak kau, tawa kau , cakap kau, seolah-olah menunjukkan yang kau tak dihimpit dengan kekosongan . I am happy :') . yelahh , sape tak gembira kalau kawan dia gembira . tapi aku rasa bahagia bila dapat nampak kau boleh gelak even without me . itu menunjukkan kau dah berjaya adapt dengan surrounding .

so, it seems like I am not in need anymore .. yelaa , ape je yang aku boleh bantu . pelajaran? duhh , course kita berbeza . accompany? i think there's no need. kau dah ada mereka untuk teman kau sepanjang perjalanan kau . hm, mungkin betul laa cakap kau , haluan kita dah berbeza . i can't help much . nak borak-borak dengan kau pun macam takde idea . 

tadi , aku unfollow twitter kau walaupun sebelum ni aku berdegar-degar nak follow kau . taktau laa . aku takut aku takleh terima hakikat yang kau tak perlukan aku . hahaha , tak munasabah kan alasan aku ? okay , sila abaikan ==' . hm, berbalik kepada cerita tadi , aah , itu apa yang aku rasa . err , ini dikira buat sesuatu guna emosi ke? bukan ke 1st reaction kita yang dikira sebagai 'buat sesuatu guna emosi' ? tapi , yang ni aku dah pikir 4,6 kali dahh . cumanya, aku rasa waswas . betul ke tindakan aku ni?

walau apapun , aku sentiasa berharap, aku sentiasa berdoa , moga kau tabah harungi hidup kau :') . kita nampak je macam dekat tapi sebenarnya kita saaaaaanggggatttt lah jauh . dan aku kena terima juga kenyataan ni andai kata kau dah tak benarkan aku jejak hidup kau lagi . jaga kesihatan kau . jaga iman kau . jaga solat kau . jaga diri kau .. adehh , mata masuk habuk laa pulokk . hahaha .

maka , di kesempatan ni aku nak mintakkkk maaf sangat-sangat , asif jiddan , for all my wrongdoings , tubce ~ minta maaf gak atas apa yang aku pernah buat kat kau sepanjang perkenalan kita . tak sangka kejap je rupo eh Allah mintak tolong aku temankan kau .. adehh , mata masuk habuk lagi . tsk :( . ouh ! aku nak minta maaf gak atas segala kelakuan aku selama ni . gedik santai aku , friendly aku , cembeng aku #eh? , ngajokk aku , salah paham aku , sikap jealous aku , tacing aku , and etc. . kekadang aku akan jadi camtu lagi lagi bila dah rapat . harap korang selesa .. hm, aku pena try untuk tak tacing dgn org lain dah tapi , haha , mulut kata okay walhal muka dah berubah kelat !

and aku nak kau tau gak bahawasanya ,


ana uhibbuka fillah !
inshaAllah , moga selamanya begitu :') . uhibbuka fillah ya sodiqi .

now, i am your past . keep on going with your future life and stay still . kalau kau perlukan aku , bila-bila je aku ada kat sini okay :) . jangan cepat mengalah ! *sambil tepuk bahu* , saya berbangga dapat kenal awak . 

#biaq aku habaq kat satu dunia benda ni .

yours truly,
:)

Friday, May 10, 2013

NOKTAH :)

buah pala buah kedondong,
Assalamualaikum :DD

bersempana Maulidur Rasul yang masih terasa sengatnya, ajk CoMMaNS telah bersepakat untuk mengadakan variety activities antaranya : pertandingan nasyid , kursus sembelihan , perarakan Maulid Nabi , pertandingan banner Maulidur Rasul antara blok , madih perdana , ceramah 'Tears of Palestine' , qiam + sahur + iftar perdana , dan banyakkk lagi ! salah satu acara yang kami sertai ialah

Wednesday, May 8, 2013

hai . dia crush saye :3

Assalamualaikum , haiii semua :DD

       hmm , aku pernah cerita tak pasal crush = orang yang aku suka masa form 1 dulu ? hm, macam tak pernah cerita je . malas laa nak cerita . HAHA . yela okay okay aku cerita tapi hehehe , malu laa pulak nak cerita tapi takpelaa , benda dah lepas kekadang tak salah pun cerita :) .

ceritanya begini :

       His name is Imran . Muhammad Imran bin Solahuddin. we were of the same school and of the same class . Acane aku memula kenal dia? hm , masa ktorang terserempak kat depan pintu masuk dewan untuk dengar taklimat . tak, sebenarnya, aku yang ternampak dia . masatu dia dengan kengkawan dia on the way nak masuk dewan tapi dia jalan, astaghfirullah al-'azim . tersangatlah loading ! sabar jelaa haii ~ lepastu tak sangka pulak kitorang are allocated in the same class . patut laa ha aku rasa macam pernah jumpa dia je . haihh =..= . dan hari pun dilalui seperti biasa :) .

pinjam dari pakcik facebook :3


       precisely, how did I knew him? sebabnya, dia uh anak cikgu . yeah , I am too . sebab tu aku kenal dia lebih sikit daripada orang lain [kot] . haha . tapi entah macam mane boleh terjatuh suka kat dia pulak haishh ~,~ . 4 tahun aku suka orang yang sama jee walaupun masa form 2 dia pindah sekolah . hm .. masa dia pindah skola uh , semua orang rasa sedih , termasuk laa aku tapi aku takde laa sampai menangis dehh . simpan dalam hati sudaa . masatu aku tengok dia relax je nak pindah , muka takde reaksi sedih pongg . semua orang dokk nangis pasal dia tapi dia boleh sengih-sengih lagi ! haih , apela ~

       then masa form 4 dia pindah petra semula , selepas kitorang berkeras suruh dia pindah sini =..= . hehehe , kejam tak? hahah XD . tapi rupa-rupanya kedatangan dia hanya untuk seminggu je . alasan dia , mak dia tak bagi dia amik Add Maths ! alasan tak logik -,- . then kebetulan pulak pada masa yang sama, aku dapat tawaran untuk sambung blaja di smkap . apelagi , aku pun join laa dia pindah gak . hehe . minggu tu minggu terakhir dia , juga aku :') . bila kawan aku tau pasal perpindahan ni (sodeh lak nak cite) , menangis dia ! memula uh before diorang tau aku nak pindah , kawan aku uh mintak tolong aku pujuk si Imran nihh . dia kata 'kau tau tak wehh , masa seminggu dia kat sini tak dapat nak ganti 2 tahun dia pergi ! T.T' meleleh aku ~ tapi lepas diorang dah tau aku pun nak pindah gak , apelagi, banjir kelas uh dengan airmata diorang !! forgive me pal, i have to move on :'( .

       cerita lama bila dikenang, tersentap hati ni . haih . dah lama tak dengar habaq dia . apa yang aku tau pasal dia sekarang adalah, dia budak stpm kat SHAMS , sekelas dengan Nashrul and Afiqah Mazlan . ouh ! haritu dia ada lawat kawan2 skola menengah dia yang ada kat kmns nihh . alang-alang uh dia nak jumpa aku gak . perghh , gelabah ouh masatu , yela , dah laa kitorang tak laa rapat sangat , tetiba dia nak jumpa . terharu seyh ~ . tapi sebenarnya , kitorang tak sempat nak jumpa pun sebab dia dah nak balik masatu . hm . takpe laa . kot ada rezeki nanti kita jumpa laa kat mana-mana :) .


       please percayakan aku , sejak aku form 4, aku dah tak suka kat Imran dah . I mean, aku masih suka dia cuma sebagai seorang kawan jela :) . yeahh, dia sangat disenangi . aku harap he is still him , or he might have some improvements ^^ . i hope so . jaga iman, jaga solat, jaga diri elok-elok pal . adios :DD .

love letter ,
imnyhlovate .

Saturday, May 4, 2013

keletak keletuk diary matrik-ians :')

buah mengkudu buah laici
Assalamualaikum selamat pagi ^^ ! 

video



ini kami , batch 2012/2013 :) . macam-macam ragam adaa ~

ktorg kat sini panggil 'kelas' as 'practicum' and i got practicum S1CP7 . 'S' = aliran sains , '1' = modul 1 , 'C' = kuliah and P7 = kelas ke tujuh . biasanya kuliah besar ada 8 praktikum .

okay, sorry for the bored introduction . haiii haii sume SPM candidates batch 2011/2012 especially yang dpt tawaran matrik :DD . nihh akak nak cerita serba sedikit kisah ktorg as a matrix student and pengalaman yang boleh dikongsi bersama ^^ .

sape yang dapat tawaran matrik uh , for sure mesti korang akan tanya "matrik tu susah tak? blaja dia acane?" . yeahh, itu soalan paling common sekali . condition kita sama je dik masa akak memula dpt tawaran matrik tu dulu . rasa macam nak merayuuu je untuk kemasukan ke form 6 walau pada masa yang sama hati ni berat sangat nak masuk form 6 . dah laa nanti kena pakai baju sekolah balik , haihh =..= . maka akak buat tak kisah , akak redahhh je hehe sebab ... akak mane dapat mana-mana tawaran U :( . hm, sedih memang laa sedih but I know Allah plans something for me here :) . maka dengan hati yang terbuka, kugagahkan jua kaki melangkah ke pintu masuk KMNS *cehh, ayat skema habis! haha XD .

nak dipendekkan cerita , akak dapat tawaran untuk ambil aliran sains madul 1 (math, kimia, bio, fizik) . mesti korang cakap susah kan amik pure sains? hehehe . okay laa okay , frankly speaking, masa memula akak masuk kuliah dulu, akak rasa macam nak muntahkan balik semua yang akak dah blaja . tak boleh nak absorb ! konon-kononnya akak ni masih baru lagi blaja subjek sains ni sume tanpa akak sedar bahawa sebenarnya akak sedang cipta alasan kat diri sendiri .. akak tak berusaha pun nak fahami segala yang cikgu ajar sebabtu akak macamtu . tiba-tiba akak jadi segan kat budak2 Chinese ni . bersungguh-sungguh dyorg blaja sedangkan situasi kitorang sebenarnya sama je, we are still new to the environment .

lagipun akak ada terfikir gak *penatkan asyik berfikir je* , asyik Chinese je yang selalu kat atas . bangsa Melayu bila lagi? kalau adapun, segelintir je . where is the rest of them ? :'(  , hampir nak meleleh airmata ni bila akak sedar akak pun sebahagian daripada mereka yang ketinggalan tu . sebak merajai diri . maka, selepas tersedar daripada lena yang panjanggg tu , akak bertekad nak buat satu perubahan . takkan Chinese tu je yang nak berjaya . apa salahnya kalau akak join sekali betul tak? Initially , perit jugak laa otak ni bekerja keras . dah laa kena paksa pulak tu buat 'kerja overtime' . pernah laa jugak akak migrain sampai hampir nak pengsan . masa ada kelas pulak tu ! tapi akak buat dekk je, akak buat macam takde pape and pergi kelas seperti biasa . sakit tu akak gantung harapan kat Allah je .

sebenarnya akak ni bukanlah seorang yang rajin sangat nak stay-up -,- sebabtu masa kat kuliah seboleh-bolehnya akak nak fokus apa yang cikgu sedang sampaikan (tapi pernah je akak terlentok masa kuliah , dahlaa akak duduk kat barisan depan ! maluu ~) . mungkin sebabtu kott dyorg cakap akak ni rajin laa, study hard laa , pandai laa , hm . akak baru je blaja berlari , mulakan berlari pun takk lagi tapi diorang dah kata macamtu . biarlah . kalau apa yang akak buat boleh naikkan semangat belajar mereka , akak suka . bahagia . tapi kalau boleh tajdid (perbaharui) niat uh lillahi ta'ala , bukan kerana akak, okay :) .

ehh kejap kejap ! sebenarnya akak lupa apa tujuan akak post entri ni . hm ,,, haa ! hehe . tadi korang bersemangat kan nak tahu life kat matrik ni susah ke tak, kan? sebenarnya , susah sikit laa . alahaii , nak belajar manade semua senang . rempuh jela , macam tak biasa je . tapi mujur Allah hadirkan rakan-rakan se-aras juga sekelas dan sekuliah yang sanggaatttt ... maaf, tak terkata pulak . hehe . tahu kenapa akak cakap macamtu? sebab, they are my strength :') . adanya mereka , akak rasa sangat-sangat bersemangat nak belajar , terutamanya bila akak dijadikan sebagai tempat rujukan . eheh , rasa rendah diri lahh pulok . yelaa , my mind is still not full with knowledge tapi demi taknak kecilkan hati diorang, akak cakap kat diorang , "saya tolong mana yang tau ehh . mana yang taktau kita blaja sesama ya ^^" .

floor-mate :DD

SMKAP , imissthem :'(

FEW PICTURES OF S1AP8 .












akak tak pernah rasa menyesal belajar di matrik malah bersyukur sangat-sangat . bermula daripada sini, kami belajar perlahan-lahan culture U supaya tak culture shock nanti . kami kenal erti kerjasama . kami mengerti erti persahabatan . kami bina ukhwah yang lebih tersimpul kukuh . alhamdulillah , 9 bulan kami tempuh sama-sama , dan sekarang perpisahan uh ditangisi dengan berbaldi-baldi air mata . T.T , pelukan yang terakhir itu terlerai jua . lambaian 'selamat tinggal' disambut . kaki kami gagahi jua melangkah pergi dari KMNS . selamat tinggal lubuk ilmuku yang tercinta :') .

aishh , tangkap lelehh la pulak. hehe .  hm , konklusinya , belajar kat matrik ni tersangatlah OHSEM ! yang penting tak perlu nak merungut sangat bila Allah timpakan sesuatu kesusahan . berlapang dada, fikir positif . then, seboleh-bolehnya study dulu sub-topic yang berkaitan before masuk kuliah . paling baik , study dulu beberapa hari before kuliah supaya korang dapat serapkan pemahaman kat sub-topic uh . akak dah pernah buat, so akak tau perkara ni SANGAT BERKESAN, inshaAllah . serious tak tipu ! lepastu, hm .. hah tutorial ! pastikan terbuat and siapkanlah eh . tak rugi punn . ni untuk masa depan korang jugak nak rujuk time exam nanti . in addition , cuba jadi berani dalam melontarkan pandangan korang . rasa takut? malu? sila usir jauh-jauh .

hm, rasa-rasanya setakat itu jela yang akak dapat sampaikan . moga berfaedah buat kalian :) . ape-apepun , perkara utama yang korang kena buat ialah tajdid (perbaharui) niat belajar uh lillahi ta'ala . inshaAllah, ilmu yang korang tengah cedok uh akan melekat lama sikit dalam minda uh . okaylahh , itu je kot . assalamualaikum ^^ .


tinta mata pena ,
imnyhlovate:)