Followers

Friday, November 29, 2013

Kakiku Patah #1

Aku toleh ke kanan . Dan kemudian ke kiri . Aku pandang abang. Dan kemudian ke kakak. Dan situasi itu berulang-ulang sehingga aku merasa penat sendiri .

"Kenapa abang dengan kakak buat keputusan untuk adik? Adik tak cukup besar ke nak buat keputusan sendiri?? At least mintak laa pandangan adik dulu.. Ini melibatkan hati dan perasaan tau tak !  ", Julia menyeka airmata yg mengalir. Sedihnya bila biological family buat kita macamni. Macam kita nih hati batu pulak . Tak fikir perasaan aku ke?? Wuuwuuu. Umi, abahhh ... If only

umi dan abah masih ada, mesti keadaan takkan jadi macamni.

"Erk. Hm. Kakak dengan abang mintak maaf. Bukan kami sengaja tapi kami dah fikir sampai hangus terbakar dah dan inilah keputusan yg terbaik mampu kami pilih buat adik kami nih.", kakak usap bahu aku dan kemudiannya dia memeluk aku. Abang memerhati dari tepi, memikirkan masa yang terbaik untuk masuk campur.

***



Penghijrahan atau perubahan ke arah sesuatu yang positif takkan mungkin berjaya tanpa niat yg betul. Yeahhh, niat tu kena tajdid dulu lillahi taala, barulah kita mampu menerima segalanya dengan redha wa pasrah jyeahhh !!

Betul kata kakak . Benar keputusan yang dibuat mereka. This is the best choice they have ever made for me. Setahun meninggalkan bumi Kenyalang telah berjaya meng'hidup'kan aku yang dulunya layu dan kelihatan rapuh. Kakak kata, bumi Kenyalang tersimpan berjuta kenangan kita bersama namun pemergian umi dan abah yang sangat tragis telah meragut masa depan seorg kanak2 kecil yang comel mcm aku kerana katanya aku sangat rapat dengan umi abah . Eheh, perasan comellah pulak aku *blushing*.

Yes, kakak kata masatu aku baru sahaja menjejak umur 16 tahun. 16 tahun beb ! Otak yang baru nak matang pun kecut kembali ! Dan senang2 ja depa bunuh mak bapak aku !! Apa depa pikir mak bapak aku nih boneka? Bunuh yang takkan mati??! Grr. Tapi yelah, sangat malang nasib kami apabila kes ini yang dibicarakan di mahkamah sebelum ini ditutup gara2 unidentified killer -,- .

Kakak kata lagi, sejak itu, aku hidup dalam awang-awangan. Dunia aku semakin berbeza. Kurus dan semakin kurus. Aku seolah-olah tak dapat menerima hakikat. Dan aku terasa seolah-olah aku bermimpi. Yeahh, bermimpi . Mimpi yang ngeri pastinya.




Next --> Kakiku Patah #2

No comments:

Post a Comment