Followers

Friday, November 29, 2013

Kakiku Patah #2

Subhanallah. Lazuardi warna langit petang ni. Gabungan warna merah keorenan, dicelup sedikit dengan warna kuning, langit tersebut kelihatan sangat cantik :'). Angin pula sepoi-sepoi bahasa seolah-olah memahami bahawa sesungguhnya hamba Allah yang seorang ni sangat-sangat memerlukan ketenangan.
Ya, ketenangan.

Sore tadi, kami berbalah. Aku dan kakakku . Arghhh, aku lupa kami bergaduh tentang apa ! Otak tengah berserabut hishh!! Karena itu aku lantas
memanjangkan langkah ke sini. Aku tidak mahu gaduh kami berpanjangan. Takut nanti hal yang buruk bertambah semakin buruk. Aku takmahu. Hmm.. Aku sayang kakak aku :( .

"Boo!", seorang arjuna menyergah aku.

"Ahhhhh", terjerit kecil aku adoi. Orang tengah sedap berangan, dia kacau daun pulak. Rasa macam nak sepak je haish.

"Kenapa?", sarcastically aku bertanya . Tengok. Nampak sangat aku malas nak layan dia.

"Choyy! Sarcasticnya dia tanya. Lempang kang :p. Hahah. Adik buat ape sorang-sorang kat sini hmm? Senja senja pulak tu. Tak takut kena kacau??," yes, that's my brother. Dia memang suka kacau aku tapi aku tau dia sayang aku. Yela, akukan girlfriend dia. Sape2 yang nak kacau aku memang dia karate dulu! Sebab tu aku sayang ketat-ketat abg aku nih. Muah abg *blushing*. Hehe.

"Erk. Adik lagi takut kalau abang yang kacau adik. Nanti habis semua rambut gugur sebab kena tarik, berat badan turun mendadak sebab kena geletek, dan pipi semakin mencengkung sebab kena cubit :p", dan aku bersiap-siap untuk .......... LARIIIIII !!!!



Next --> Kakiku Patah #3

Preview --> Kakiku Patah #1

No comments:

Post a Comment