Followers

Saturday, November 30, 2013

Kakiku Patah #3

Gelap . Tanpa walau sekelumit pun cahaya. Aku rimas !
'Ish, apebenda yang tindih aku nihh? Hadoi!! Macam takde tempat lain je nak landing!', sambil tanganku lincah mengalihkan segala benda yang tindih aku tadi. Erghh, kotak je punnnn rupa-rupanya. Buat cuak aku je fikir tu apebenda haih.

Kaki kemudiannya kuhayun dan kutalakan pandangan ke sekeliling. Aku kecilkan pandangan. Dan kukecilkan lagi. Lampu tidur, buku-buku, meja belajar ... segalanya macam pernah kulihat! Ya, tempat ni
familiar. Memang familiar. Tapi mungkin perasaan aku je . Aku melangkah lagi dengan pasti sambil neuronku ligat mengakses maklumat. 'Apakah tempat ini ......,' hah! Sini bumi Kenyalang! Sini rumahku dahulu !! Aku tutup mulutku gara-gara terkejut. Tears shed off my cheeks.

"Even if you kill me, you are not allowed to touch my children!", kasar kata-kata itu dikeluarkan.

'Ehhh, ade orang laa', dan lantas aku meninjau melalui sudut yang paling tersorok. Aishh, macam2 posisi aku buat semata2 nak pastikan depa tak nampak aku. Terseksanya aku. Uhukk :'( . Okay, sambung cerita balik. Hmm, nampak macam ada 3 adult sedang berbicara. 2 org membelakangi aku. Suasana terasa tegang. Apahal laa pulak nih. Nak cari gaduh ke?! Haihh . Nak gaduh boleh, dipersilakan.. tapi bukan kat sini!

Aku baru je berura-ura nk pi kat depa bilamana masatu aku terdengar salah seorg daripada mereka berkata,"Yes, i won't allow you too!", sambil kedua-dua belah tangannya didepangkan untuk melindungi sang suami. Eheh, aku ..... aku mcm cam suara tu. Itu ! Suara umi tu !! Umi dan abah .. mereka dalam bahaya ! Hati meronta-ronta nak pi selamatkan depa tapi kaki nihh mcm digam pulak. Terlekat. Kaku. Aku tak boleh bergerak ! Umi ... abahhh :'( .

Only in a blink of eyes, tanpa sebarang kata, tanpa sebarang amaran, tanpa sebarang pergerakkan, pistol diacu tepat ke anggota badan umi dan 'Bang ! Bang bangg !!!' 3 das tembakan tepat menembus ke organ2 dalaman umi. Jantung ! Paru-paru! Dan perut !! Secara jarak dekat! Dan tanpa belas kasihan.

Dan umi ...... she died there . Abah yang masih terkejut diikat . Lelaki tadi. Lelaki tadi pantas mengeluarkan pisau lipatnya, menuju ke arah arwah umi lantas menoreh-noreh wajah kaku umi . Kemudian beralih ke tangan. Dan kemudian ke perut. Ya, perut. Ada kandungan didalamnya tetapi telah dirobek dengan kasar oleh si durjana itu !

Abah hanya mampu menangis . Dan menangis.. Aku? Arghh, aku hampir nak pengsan dah ni! Kejam gila org tu. Takde hati dan perutkah? Sampainya hati bunuh orang macam siang ikan siakap :'( . Aku pulak masih kaku. Aku takboleh bergerak. Aku nak selamatkan abah laa woi! *tension*.

Ehhh, pembunuh tu ! Dia bergerak perlahan-lahan menuju ke arah abah. Pisau lipat tadi dipusing-pusing mcm dipusingnya sebatang pensil . Dia tersengih sinis. Geramnya aku dengan dia! Aku pulak yang rasa mcm nk bunuh dia grrr !! Tapi mcm dia heran je kalau aku bunuh dia -,- . Hahah. Sempat pulak aku fikir benda tu. Ehh ehh. Lagi 3 langkah lagi . 2 .. 1..

"Allahu Akbar!"

Satu tusukan .
Dua.
Lima ..
"Abahhhhhhhhh !!"

****
Kasar sekali nafas yang kuhembus . Berpeluh . Panas . 'Aku mimpi ngeri je rupa-rupanya fuhh,' *lap peluh*. Tapi knpe jantung aku berdetak dgn laju nihh? Mcm monorel .
Lub dub. Lub dup. Lubbbbbbb dup dup dup.

Kakak dan abang segera datang ke bilikku selepas terdengar jeritan aku. Err. Kuat sangat ke aku jerit? Dan erk. Senang pulak abg aku yang sorang nih bangun . Biasanya time time macamni kalau kereta kebal yang bingit tu lalu sebelah dia pun entah entah dia tak sedar :p. Hahahah ops. Maaf :3 .

"Mimpi ngeri? Itulaa. Dok kat luar time senja lagi. Kan dah kena", abang dah mula membebel dah~ hahah . Tapi cop !! Ape kaitan mimpi ngeri dengan keluar jenjalan time senja?? Hm, musykil .



Preview :

No comments:

Post a Comment