Followers

Saturday, July 26, 2014

Jumpa Crush Semalam :3

Assalamualaikum and anneyeong ^_^

Semalam iftar 2.0 geng2 smkap. ramai laa jugak yang ade, terutamanya lelaki -,-. pompuan? adelaa dalam 7 orang hahah. taktau pulak boleh ajak bebudak selain geng kita. kalau tak dah lama kami ajak.

Semalam, kisah yang tiada henti.
masing-masing bila berjumpa, soalan yang wajib ditanya, "wehh, kau dah ade sesape?"
hahah. aku nak cerita pun pikir 2,3 kali
sebab even aku dah ade sesiapa pun,
selagi belum confirm, aku malas nak war-warkan
takut kecungdang di tengah jalan,
macam haritu.
eh haritu?
hm, cerita dulu. takperlu nak kenang kot :)

Semalam, crush aku datang ke iftar tu
crush zaman dolu-dolu
thought that he wouldn't come, but he did
tapi tu lah, cakap sepatah dengan dia pun tak
walaupun dia ade dah kat depan mata -,-
mungkinkah kerana kekok?
hm, mungkin juga.

Tiya. makin kurus dah dia pfftt!
satu usaha yang berbaloi! hahah.
can't wait to see you even slimmer :)

ameng. dan bangle. berisi gila dah depa
hahah bahagia mungkin
tapi nasib baik dia tahu dia dah berisi,
at least nanti dia akan usahakan untuk jadi tough balik
walaupun macam takpasti je bila.
hahah :P

wawa. dan anin
mereka semakin gorgeous
cantik macam datin
dan ramai peminat mungkin >.<

mereka.
everybody has their own story.
kalo nak cerita, malam ni pun belum tentu selesai sorg-sorg.
tapi, muka mereka bahagia
sebab dapat lepaskan rindu
well, SMKAP-ians are the best!
kerana apa?
panjang reason dia . 
tapi, saya bakal merindui kalian :')

#SelamatHariRaya :))

Sunday, July 13, 2014

Iftar Vila Suria :3


"Eh, mana lagi sorang?"

"Yang mane? :O"

"Yang datang iftar sama dengan kau ritu. Alahh, budak lelaki yang bawak cupcake tuuuu."

"Ouhhh yang tu. Syu kan? Hehe. Dia takdapat datang sir. Tapi dia kirim salam assalamualaikum :)"

Pictures represent everything :). Saranghae semua :') inshaAllah ade rezeki kita jumpa lagi, dengan lebih ramai lagi hoho.

ouh btw, syu yang saya maksudkan bukan perempuan :3 . Namo eh Muhammad Syahril Syuhada Bin Rosli, a friend of mine hoho. Diapun ade blog jugak, tapi terbengkalai semula -..- . Mohon semua bagi galakan :)

Saturday, July 12, 2014

Tiket Ni Milik Kau, Kita, dan Aku :)

"Kalau kau diberi pilihan untuk hidup atau mati, mana satu yang akan kau pilih?"

"Aku akan pilih untuk hidup."

"Tapi kenapa? Kau seorang hafiz, syurga dah menanti, tinggal nak langkah kaki je. Sekarang kau pilih untuk teruskan hidup??! Yakin ke kau akan terus kekal begini, atau kau terpesong jauh dari kami?"

Akmal tersenyum. Dia punya alasannya yang tersendiri.

"Kau tu tanya aku soalan tu pulak. Kalau kau-lah, mana yang akan kau pilih? Hidup, atau mati? Lagipun kau pun takjauh beza dengan aku, seorang hafiz jugak."

"Well, aku..... aku akan pilih untuk mati :)"

"Just give me a reason, just a little bit is enough eh. Hehe maap. Terlanjur pulak. Cepat, cepat. Bagi aku sebab kenapa."

"Sebab aku nak jumpa Allah. Aku nak jumpa pencipta aku. Aku rindu Dia, dan aku nak masuk syurga. Kondisi aku sekarang menjamin aku syurga!"

"Habistu kau hingat oranglain tak rindu? Orang lain taknak masuk syurga??"

Nazrizal terkedu.

"Beb, sebabtu lah aku pilih untuk hidup. Aku nak ajak sama orang-orang di sekitar aku terutamanya untuk sama-sama mengejar cinta Ilahi. Aku taknak masuk syurga sensorang. Tak best! Nanti takleh nak buli orang. Hehe. Sunyi pulak tu. Lepastu, takkan kau sanggup rasa semua nikmat syurga nih sementara yang lain terkulai layu dibakar api neraka? Fikirkanlah walau sejenak :)."

Naz terjeda. Betul apa yang dikatakan Akmal. Tamaknya aku nak masuk syurga sensorg :( . Lagipun, yakin ke seorang hafiz akan, saya ulangi, A-K-A-N masuk syurga? Tak kan? Walau dia seorang hafiz sekalipun tapi akhlaknya teruk, tak dan jugak. Allahu T.T

The people are of four types: 
A man who knows, and knows that he knows. This is the scholar, so take from him. 
A man who knows, but doesn't know that he knows. This one has forgotten, so remind him.
A man who doesn't know, and knows that he doesn't know. This one is a student, so teach him.
A man who doesn't know, and doesn't know that he doesn't know. This one is an idiot, so reject him.

Death is certain, time isn't.

"Papa papa papaaa, tu mama kan? Jom panggil mama. Ite bawak dia balik. Dah lama dia takbalik rumah :'(." sambil jari Amirah yang berusia 5 tahun itu menunjuk ke arah wanita serupa mamanya.

Papa cuma memandang sepi lalu menarik Amirah untuk pergi.

"Papaaa. Kenapa pergi? Kenapa tinggalkan mama?? Myra nak mama T.T uwaaaa,"dia menangis sambil memandang dan menunjuk ke arah 'mama'nya. Papa terus menyeret dan membawa Amirah pulang.

Berita terkini Laporan trafik menunjukkan lebuhraya menuju ke Kuantan menghadapi kesesakan lalulintas kerana berlaku kemalangan antara treler seberat 5 tan dan kereta Proton Saga Fx. Ini membabitkan 3 kematian dan 2 cedera parah. Mangsa yang terselamat seterusnya digegaskan ke hospital berhampiran.

2 tahun sudah. Kami-lah mangsa-mangsa yang terselamat tu. Isteri, ibu serta pemandu dan penumpang treler berkenaan meninggal di tempat kejadian. Bagaimana ianya terjadi, biarlah tersemat dalam diri. Ngeri jika dikenang. Tapi T.T aku rindu Zulfana. Aku rindu isteri aku.

Malam tu, papa menangis sendirian di balkoni. Aku terdengar dan aku terlihat tangisannya lantas aku mara dan memeluk papa. Airmatanya kusapu. Bahunya kutepuk sambil aku juga menangis sama.

"Papa, menangislah. Myra tau papa rindu mama kan? Myra pun sama tapi biarlah malam ni je kita menangis. Malam ni je kita lemah. Biarkan. Asalkan esok kita bersemangat kembali untuk meneruskan hari-hari yang mendatang," dalam tangisan Amirah tersenyum.





عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Tuesday, July 8, 2014

Hijab Tanpa Dosa

"Kau percaya pada takdir?"

"Percaya. Kenapa?"

"Aku takpercaya doe. Sebab bagi aku ape yang bakal terjadi nanti semuanya terletak kat tangan aku. Terletak pada pilihan aku. Bukannya terletak pada takdir yang aku dengar sudah tetap lagi takbisa diubah."

Mikail memandang aneh sahabatnya.

"Dan sebab tu aku ...... aku ....." pandangannya diturut rasa hiba.
"Aku dah keluar daripada Islam. Aku tak percaya semua benda tu. Aku tak nampak, dan aku tak boleh rasa apa itu takdir. Takde orang pernah membuktikan, dan takde orang pernah terangkan kat aku secara terperinci topik takdir ni."

Mikail terkejut. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya.

"Kau tahu, engkaulah sahabat dunia akhirat aku, engkaulah sahabat yang paling aku sayang, yang selalu ingatkan aku tentang solat di awal waktu, yang selalu kejutkan aku untuk qiamulail, yang selalu ajak berpuasa sunat bersama-sama. Tapi kenapa hal yang macamtu kau takpernah nak tanya kat aku sampai kau perlu keluar daripada agama Islam? Kalau aku taktahu, kita boleh cari sama-sama sumber yang sahih. Kata kawan, best friend foreverlah bagai tapi kau buat aku macam ni. Sedih tau tak sedih!" dia menepuk-nepuk dadanya yang sarat dengan tangisan.

"Kau tahu tak, darah orang yang keluar daripada agama Allah ni halal untuk dibunuh? Kalau nak diikutkan kuasa yang diberi, kau dah lama aku bunuh. Tapi sayangnya aku kat kau kerana Allah mengatasi segalanya!" dia mengesat airmata jantannya yang mengalir.

"Aku..... aku... aku sebenarnya keliru. Aku keliru dalam mencari identiti aku sendiri. Aku sibukkan diri aku dengan kuliah-kuliah agama, dirikan solat malam, berpuasa sunat, semua tu hanya bertujuan untuk cari identiti aku tapi aku takjumpa!"

"Kau tahu tak, basic dalam melakukan sesuatu adalah niat lillahi ta'ala. Dalam Hadis 40, niat merupakan topik pertama yang diperdebatkan. kau pernah koreksi diri kau, pernah muhasabah diri kau?" airmatanya tak berhenti mengalir.