Followers

Saturday, July 12, 2014

Death is certain, time isn't.

"Papa papa papaaa, tu mama kan? Jom panggil mama. Ite bawak dia balik. Dah lama dia takbalik rumah :'(." sambil jari Amirah yang berusia 5 tahun itu menunjuk ke arah wanita serupa mamanya.

Papa cuma memandang sepi lalu menarik Amirah untuk pergi.

"Papaaa. Kenapa pergi? Kenapa tinggalkan mama?? Myra nak mama T.T uwaaaa,"dia menangis sambil memandang dan menunjuk ke arah 'mama'nya. Papa terus menyeret dan membawa Amirah pulang.

Berita terkini Laporan trafik menunjukkan lebuhraya menuju ke Kuantan menghadapi kesesakan lalulintas kerana berlaku kemalangan antara treler seberat 5 tan dan kereta Proton Saga Fx. Ini membabitkan 3 kematian dan 2 cedera parah. Mangsa yang terselamat seterusnya digegaskan ke hospital berhampiran.

2 tahun sudah. Kami-lah mangsa-mangsa yang terselamat tu. Isteri, ibu serta pemandu dan penumpang treler berkenaan meninggal di tempat kejadian. Bagaimana ianya terjadi, biarlah tersemat dalam diri. Ngeri jika dikenang. Tapi T.T aku rindu Zulfana. Aku rindu isteri aku.

Malam tu, papa menangis sendirian di balkoni. Aku terdengar dan aku terlihat tangisannya lantas aku mara dan memeluk papa. Airmatanya kusapu. Bahunya kutepuk sambil aku juga menangis sama.

"Papa, menangislah. Myra tau papa rindu mama kan? Myra pun sama tapi biarlah malam ni je kita menangis. Malam ni je kita lemah. Biarkan. Asalkan esok kita bersemangat kembali untuk meneruskan hari-hari yang mendatang," dalam tangisan Amirah tersenyum.





عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

No comments:

Post a Comment