Followers

Tuesday, July 8, 2014

Hijab Tanpa Dosa

"Kau percaya pada takdir?"

"Percaya. Kenapa?"

"Aku takpercaya doe. Sebab bagi aku ape yang bakal terjadi nanti semuanya terletak kat tangan aku. Terletak pada pilihan aku. Bukannya terletak pada takdir yang aku dengar sudah tetap lagi takbisa diubah."

Mikail memandang aneh sahabatnya.

"Dan sebab tu aku ...... aku ....." pandangannya diturut rasa hiba.
"Aku dah keluar daripada Islam. Aku tak percaya semua benda tu. Aku tak nampak, dan aku tak boleh rasa apa itu takdir. Takde orang pernah membuktikan, dan takde orang pernah terangkan kat aku secara terperinci topik takdir ni."

Mikail terkejut. Terkejut dengan berita yang baru didengarinya.

"Kau tahu, engkaulah sahabat dunia akhirat aku, engkaulah sahabat yang paling aku sayang, yang selalu ingatkan aku tentang solat di awal waktu, yang selalu kejutkan aku untuk qiamulail, yang selalu ajak berpuasa sunat bersama-sama. Tapi kenapa hal yang macamtu kau takpernah nak tanya kat aku sampai kau perlu keluar daripada agama Islam? Kalau aku taktahu, kita boleh cari sama-sama sumber yang sahih. Kata kawan, best friend foreverlah bagai tapi kau buat aku macam ni. Sedih tau tak sedih!" dia menepuk-nepuk dadanya yang sarat dengan tangisan.

"Kau tahu tak, darah orang yang keluar daripada agama Allah ni halal untuk dibunuh? Kalau nak diikutkan kuasa yang diberi, kau dah lama aku bunuh. Tapi sayangnya aku kat kau kerana Allah mengatasi segalanya!" dia mengesat airmata jantannya yang mengalir.

"Aku..... aku... aku sebenarnya keliru. Aku keliru dalam mencari identiti aku sendiri. Aku sibukkan diri aku dengan kuliah-kuliah agama, dirikan solat malam, berpuasa sunat, semua tu hanya bertujuan untuk cari identiti aku tapi aku takjumpa!"

"Kau tahu tak, basic dalam melakukan sesuatu adalah niat lillahi ta'ala. Dalam Hadis 40, niat merupakan topik pertama yang diperdebatkan. kau pernah koreksi diri kau, pernah muhasabah diri kau?" airmatanya tak berhenti mengalir.


No comments:

Post a Comment