Followers

Thursday, April 27, 2017

Kau bukan Tuhan, tapi kau boleh berusaha

Hai semua. Assalamualaikum

sihat ka? Aku tau aku dahlama tak taip apa-apa dalam ni, tapi aku harap korang sudi je baca blog berhabuk aku. hihi.

'Kau bukan Tuhan, tapi kau boleh berusaha'

kau rasa, apa yang aku nak bagitau kat sini?

Aku 23, dan aku sepatutnya kahwin tahun ni. But unfortunately, few problems kicking in thus we had to postpone our marriage.

Senarai cabaran-cabaran masakini *ecewah, bajet menteri sangat. kah*:
1. Degree
Ini syarat utama parent pihak lelaki letakkan before kami boleh melangkah ke alam perkahwinan. hm. Aku paham, education is vital untuk mintak kerja nanti, tapi masalahnya kat sini adalah, syaratnya aku perlu habiskan study dulu baru boleh kawen. hm hm.

2. Rumah.
Cabaran 1 dah settle. Katanya bolehje kawen masa tengah belajar, tapi ... 

Parents pihak lelaki awal-awal lagi dah letakkan syarat pembelian rumah sendiri sebelum boleh dua hati ni disatukan. Kau rasa? 

Aku tau ini untuk kebaikan kami semua, tapi untuk kumpul duit dan beli rumah dalam masa yang singkat sambil kumpul duit untuk kawen, boleh tinggal sehelai rambut kami. Tapi takpe, cabaran ni kami sahut. doakan kami, gambatte ne!

3. Anak.
Aku baru masuk belajar, degree, semester 1. Sebelum isu ni terbit, kami dah berbincang modus operandi yang boleh dilakukan untuk hold anak ni. Aku tahu, rezeki tu dari Tuhan, tapi kita ada cara dan perancangan untuk atasi halangan ni.

4. Sijil Pra-Perkahwinan
takmboh buat before ketiga-tiga isu tu berjaya diatasi hmmmmmmm. kfine.


Berdasarkan pemerhatian cetek aku, aku telah terbuat konklusi bahawa sama ada parents dia tak mboh bermenantukan aku (sedihnyaaa - kuis dinding sampai bocor) atau nak kami rasa bagaimana mereka rasa suatu ketika dahulu.

hm hm.

Aku dah penat nak menangis. dah penat nak berfikir. Nantilah. Kahwin tu sunnah, tapi bila adanya alasan untuk melambatkan perkahwinan, aku rasa macam nak pasrah je. Dah 2 kali, dan andaikata akan berlakunya yang ketiga, doakan agar aku terus kuat (menangis kuat-kuat duluuu).

Well, I still have that hope, but not as much as I had previously.

Aku mintak ramai-ramai doakan jodoh kami kuat. Aku sangat sayangkan hubungan ni. Doakan agar hati kami dapat disatukan secepatnya, dalam keadaan yang diredhai dan direstui. Doa kalau dah melebihi 40 orang, inshaallah dengan izin-Nya akan termakbul *mata bersinar-sinar*.

kot-kot korang sedang ataupun bakal hadapi benda yang sama, aku doakan korang tetap tough. Do not lose hope and terus percayakan pasangan anda (jika beliau seorang yang boleh dipercayai :)))). Inshaallah, semoga dipermudahkan segalanya.

Aku mintak doa sebab aku tengah tak kuat.
Maafkan aku. notakaki,
afifah0hsem

1 comment: