Followers

Friday, August 17, 2012

hakikat itu perit -___-'

first and foremost ,,, result upu keluar dah :D .. fuhh3x, haritu semak keputusan matrik, alhamdulillah, dapat matrik kuala pilah . tapi hati tetap terasa cam taknak smbung blaja situ . nak tengok peluang lain . and so inilah harinya . tapi ............


'Maaf, permohonan anda tidak berjaya' .

terkedu aku . betul ke ni ? berkali-kali aku semak dan keputusannya tetap sama . permohonan tidak berjaya . aku cuba buat rayuan, tapi tetap tak dapat . ikhtiar cara lain pun terasa macam useless je . tetap tak dapat . then aku cuba apply permohonan belajar di luar negara melalui beberapa medium ; maybank, medicmesir , MAINS , biasiswa peneraju tunas potensi , yayasan munarah ..... berita gembiranya kat sini adalah ,, semuanya aku tak dapat @ nyaris-nyaris dapat :'(  . seolah-olah Allah cuba memberitahu, ini bukan masa yang sesuai untuk ke mana-mana [ luar negara ] maka Dia limitkan pilihan yang ada . konklusinya, aku HANYA dapat tawaran matrik SAHAJA . harap maklum ^^ .

nak taknak, haruslah aku daftar sana gak kan . well, bukan sepenuh jiwa dan raga aku kat situ masa pendaftaran tapi aku gagahkan gak diri aku . aku pesan kat diri aku, 'mungkin ny lorong yang Dia cuba tunjukkan , bersyukur . ini yang terbaik Dia beri , alhamdulillah . ini pun sebagai salah satu medium untuk ubah diri kita, ubah cara belajar tu . jangan malas ! result pmr, result spm, jadikan tu sbg dorongan untuk lebih berjaya' . yeah, aku pesan agar aku tak lupa ^^ .

minggu pertama, minggu orientasi :
setiap group dibahagikan hm, paling sikit pun belas-belas je, paling maksimum 25+- satu kumpulan .itulah kumpulan mentor-mentee, itulah dq2 kelas kami ... -.- , i thought mentor-mentee and dq kelas akan berbeza tapi tak pulak . aih. okay, back to the story . mine ada 2 chinese, Ying (girl) and Yang (boy) . ketua dan penolong . sangat berdedikasi ouh mereka (Y) tapi malangnya orang Melayu macam kita tak ramai macam mereka .. seminggu kitorg diorientasikan, sampai dah hafal lah mana budak2 ny tinggal uh bagai ~ haha .

me : hm, nama saya Afifah Hanani binti Rosdi , asal dari seremban, recent school saya smka pedas .. saya anak yang ke ,,, hm, ce teka ;D

madam wein : awak anak bongsu eh ?


me : pergh, comel sangat tu kalau saya anak bongsu . haha . taklah cikgu . ce teka lagi .


madam wein : awak anak yang ke berapa ? 


me : [aikk?? haha] saya anak tengah cikgu .


madam wein : ouh, dpd berapa adik-beradik? 3? 5?


me : 12 . 1 mak, 1 ayah ^^ 


madan wein : fehh ramainya ~,~


itula serba sedikit scene ta'aruf kami :D  . walau apepun , masa ni aku masih tak kenal semua . yeah, normallah tu kan . yang aku kenal pun masatu, hm,, suzanna, filzah, ying, yang, wazir, aina, azimah,,, yang lain-lain tu terkedek-kedek aku nak ingat nama, sorry =='

minggu kedua, kitorang dah mula belajar ! 
kumpulan aku dapat modul 1 semuanya, kuliah C [S1CP7] . untuk makluman, masa ni modul 1 ada 6 kuliah, kuliah A,B, dan C ada 8 kelas manakala kuliah-kuliah lain ada 5 kelas . alhamdulillah, memang aku nak pun modul 1 :)  . bersama-sama dalam kuliah ny , ehem, ada syafiqah razali [S1CP4 kalau tak silap] , atiqah hidir [S1CP1] , amir afiq [S1CP2], ameng [S1CP2] , zuhid [S1CP8] , amoi (bahirah rusli) [S1CP2] ,.. yang lain-lain tu kalau ada tapi aku tak mention, sorry, aku tak perasan ! Alhamdulillah, aku dapat kuliah yang pelajarnya semua kuat belajar . masuk masuk kuliah je terus bukak buku , belajar sambil tunggu lecturer datang, datang kuliah pulak awal sangattt (serius tak tipu !) , then kalau barang terjatuh (common sangat) dyorg cepat-cepat nak tolong angkatkan. terharu~ thumbs up wehh . bangga aku dok kuliah tu . cikgu pun baik-baik je . ada beberapa hal, kitorg diberi sedikit kelonggaran berbanding kuliah A @ B (taktau cerita kuliah lain) . hantar lab report pulak seminggu lepas tu ....

minggu ketiga, terasa ukhuwah kami :') .
yep, walaupun baru masuk minggu ketiga tapi kitorg rasa macam rapattt sangat, macam dah lama kenal je . dah boleh gurau-gurau, gelak-gelak , haha , baru tahu di sebalik muka chomell korg tu, korg pandai buat lawak :D . tapi tak sangka, itu minggu terakhir kitorg akan bersama sebagai satu kelas . last moment . jumaat tu, kuliah terakhir kuliah maths, lecturer encik hairon azman bin adanan . 

lecturer : okay, kita kena habiskan cepat-cepat ny, kejap lagi PPHEP nak masuk. ada pengumuman untuk korang .

kami : haa? alaa ~~ (dalam hati Tuhan saja yang tahu , punyalah kitorg berdoa moga-moga ia tiada kaitan dengan pembubaran kelas) . 


semua mula tak fokus belajar dah, lebih-lebih lagi budak2 kelas aku -.- .

lecturer : okaylah, kita berhenti sini ya . sebenarnya, pengumuman tu boleh je saya sampaikan tapi saya tak sampai hatilah (sambil mengesat air mata yang hampir menitis) .

kami : *suasana hening . apa maksud cikgu sebenarnya ny ?


PPHEP mula melangkah masuk .

PPHEP : assalamualaikum w.b.t. dan selamat tengahari . sebenarnya pengumuman ny untuk kuliah kamu je, tak melibatkan kuliah-kuliah lain . sebab tu kamu je yang tak balik lagi, orang lain dah balik dah . okay, ny saya nak bagitahu, ada kelas yang terpaksa dibubarkan sebab ramai sangat yang tukar dari modul 1 ke modul 2 & 3 . kelas yang terpaksa dibubarkan ; praktikum S1CP6, S1CP7, dan S1CP8 . jadi kelas-kelas yang terlibat lepas ni sila semak nama anda di One Stop Centre (OSC) dan ambil jadual baru. terima kasih .

lecturer kami tak mampu nak cakap apa-apa, terasa akan kehilangan kami. 
kitorang apatah lagi, dada dah sebak, tinggal nak hambur je airmata ny . mujur aku bawak dslr , dapat rakam momen terakhir bersama mereka .

me : hah, sape menangis aku zoom kamera ny kat korg . haa ~ 


aha, aku tak sangka guys yang menangis dulu walaupun dyorg masih cuba nak cover . terharu wehh . first time aku tengok lelaki menangis depan mata aku sendiri. sangat-sangat terasa betapa rapatnya kitorg sebenarnya :') .

minggu keempat , berada di kelas baru -_____-'
kelas baru, S1AP8 . agak kekok sebenarnya . daripada 23 pelajar kelas aku, 8 orang masuk kuliah A, the rest masuk kuliah B tapi pecah lagi 2 kelas , S1BP4 dan S1BP7 (kelas beyon) . sepanjang seminggu aku perhatikan mereka-mereka , sapanjang seminggu aku buat perbandingan . maka resolusinya, budak2 kuliah A seolah-olah tak teringin nak berebut tempat duduk palinggg hadapan dalam dewan kuliah . nak terasa datang awal ke kuliah apatah lagi . lepas habis tutorial / amali , walaupun habis kelas lambat, mereka tetap berlengah ke dewan kuliah . itu satu perkara yang sangat mengecewakan .

kedua, action mereka di dewan kuliah TAK SAMA sepertimana kuliah C . maaf, bukan nak memburukkan tapi cuma membuat perbandingan agar anda yang terasa ny berubahlah kalau perlu . Malu lah sikit pada non-muslims ... kuliah A ny masuk masuk dewan kuliah je, ya, buku depan mata, atas meja, tapi itu cuma sekadar buka . lebih borak daripada belajar . okay, itu aku tak berapa kisah, masa depan sendiri, pandai-pandailah. Lagipun lecturer dah banyak kali tegur, korg je yang tiba-tiba jadi tuli . maaf kalau bahasa tu kasar. but please lah , TOLONG PERLAHANKAN VOLUME ANDA ! pencemaran bunyi, harus dibawa ke kementerian ny ==' .

ketiga , korg seolah-olah takde perasaan. barang kitorang terjatuh je korang boleh buat tak perasan ?! haihh , sabar jela ~ 

keempat, korang macam tak hormat cikgu . cikgu sedang sampaikan ilmu tu tapi korang boleh lagi berborak kat belakang tu . kecewa aku dengan perangai korang . melayu tak melayu, cina tak cina, indian tak indian,, sekali cikgu tak redha ilmu dia, korang genius tahap gaban mana pun, time peperiksaan nanti confirm blank . percaya cakap aku .

kelima , lu pikir la sendiri . aksi korang tu hampir membuatkan aku tukar modul, or at least tukar ke Program Dua Tahun (PDT) . kecewa . menyesal . tapi apa boleh buat . ini satu dugaan, satu cubaan , aku kena tabah supaya kawan-kawan aku pun tak terasa down [eh, apa kena-mengena? heh.] sebab tu aku masih di sini, masih kekal berdiri . aku nak tunjukkan aku boleh, aku mampu buat, aku mampu atasinya  supaya korg terasa tercabar dan cuba untuk menyaingi aku setidaknya .

ironinya , hati aku masih belum dapat terima hakikat sepenuhnya . hati ni masih kekal keras , nak terasa rapat dengan korang pun susah . it takes a long distance , eh , a long time . sangat . sorry kalau aku ny annoying [selalu sangat mcm tu =='] , sorry atas salah silap aku . sepatutnya , seharusnya aku dah boleh sesuaikan diri tapi bila masuk kelas baru, aku kena bermula dari kosong . bermula macam hari pendaftaran haritu cuma kali ni ada counter shock . ehem . yes, counter shock -.- ...

end of story .
imnyhlovate ~