Followers

Monday, August 9, 2021

Secebis kenangan belajar di UiTM Alor Gajah

Dah lama tak menulis, tiba-tiba nak tulis pasal kenangan pulak. Ewah, macamlah ada orang nak baca, hahahah. takpelah, aku tulis ni pun mostly untuk tatapan aku sendiri :)

So ceritanya macamni....

Aku mula belajar di UiTM ketika usia menginjak 23 tahun, merupakan antara yang tertua dalam 22 orang classmates aku (Eva, Amira & Farhan lah tu sekali dgn aku). Masani aku dah quit UCSI sebab rasa macam tak kena dengan nature aku yang outgoing dan suka jumpa orang. Korang mesti faham kan most of engineer ni kebanyakkannya jumpa mesin, bila nya tah nak bersosialnya oi! Keputusan untuk quit UCSI tu pun aku decide sendiri tanpa berbincang dgn family, kekonon dah besar lah tu sampai boleh decide sendiri padahal takut kena marah dgn umi! XD

Aku cuma lah seorang yang biasa je kat kampus --- tak aktif sukan, tak explore Melaka, tak food hunting padahal kat situ banyak sangat makanan yang sedap sedap. Aku cuma pastikan aku excel dalam study and joined mostly research presentations, jadi volunteer sukan seagames, dan jadi delegate untuk program CIMB Young ASEAN Leaders untuk mantapkan lagi skills yang aku ada dan yang aku taktau pun aku ada.

Aku paling suka bila dapat tugasan yang lain macam sikit sbb aku suka explore and baca untuk dapatkan lebih pemahaman. Contohnya, aku arrange scripts untuk roleplay subjek Korean berdasarkan scenes yang simple, aku rakam aktiviti field trips dan assignments bukan sahaja sebagai bukti penglibatan tetapi jugak sebagai kenangan bila dah tua nanti, malah aku suka untuk tarik perhatian orang dengan cara aku sendiri.  

Aku bukanlah seorang ketua yang bagus. Ada masa aku perlukan guidance, ada masa aku terasa confidence. Aku tak rasa aku bagus dalam mengatasi masalah sebab aku tetap akan refer pada lecturer bila terjadi apa-apa. Aku salute orang yang boleh organize meeting dan mempunyai kredebiliti untuk bercakap kat depan. Aku masih belajar mencari dan menjadi orang yang aku harap aku boleh jadi suatu hari nanti. 

Masa kat kampus dulu, walaupun aku tahu aku tak berapa pandai sangat nak handle orang, tapi aku tetap support dan joined hands bilamana ada orang ajak aku join diorg. Kadang tu aku join main futsal untuk SuPRO, ada hari aku join main bola tampar untuk SuKOL, lain hari aku panjat level atas KPP 3 untuk tengok view, sikit hari aku join jogging, kadang yang lain aku merempit dgn Akmal Bahiah, takpun karang aku hantar diorg direct ke lokasi instead of dropkan kat stesen bas tepi tu.

Seronok bila sesekali kita keluar daripada comfort zone. Perasaan dia macam nervous tapi bahagia hahahah ayat macam orang bercinta. Tapi macamtu lah lebih kurang apa yang aku rasa. Sikit lagi aku nak naik bukit and panjat tangki air dgn Akmal tapi sampai kesudah takbuat sebab masing-masing sibuk dgn fyp. 

Biarlah celoteh ini berhenti di sini sebab kalau aku sambung rasanya taksudah sampai esok pagi. Aku nak nasihatkan untuk rakam apa sahaja memori sebab kita takkan tahu bila kita akan bertemu lagi. Bunyi macam puitis benorr ya post aku kalini hahahah yelah yelah aku stop menulis lah ni, wekk!


Yang ikhlas,

afifah0hsem