Followers

Monday, August 9, 2021

Secebis kenangan belajar di UiTM Alor Gajah

Dah lama tak menulis, tiba-tiba nak tulis pasal kenangan pulak. Ewah, macamlah ada orang nak baca, hahahah. takpelah, aku tulis ni pun mostly untuk tatapan aku sendiri :)

So ceritanya macamni....

Aku mula belajar di UiTM ketika usia menginjak 23 tahun, merupakan antara yang tertua dalam 22 orang classmates aku (Eva, Amira & Farhan lah tu sekali dgn aku). Masani aku dah quit UCSI sebab rasa macam tak kena dengan nature aku yang outgoing dan suka jumpa orang. Korang mesti faham kan most of engineer ni kebanyakkannya jumpa mesin, bila nya tah nak bersosialnya oi! Keputusan untuk quit UCSI tu pun aku decide sendiri tanpa berbincang dgn family, kekonon dah besar lah tu sampai boleh decide sendiri padahal takut kena marah dgn umi! XD

Aku cuma lah seorang yang biasa je kat kampus --- tak aktif sukan, tak explore Melaka, tak food hunting padahal kat situ banyak sangat makanan yang sedap sedap. Aku cuma pastikan aku excel dalam study and joined mostly research presentations, jadi volunteer sukan seagames, dan jadi delegate untuk program CIMB Young ASEAN Leaders untuk mantapkan lagi skills yang aku ada dan yang aku taktau pun aku ada.

Aku paling suka bila dapat tugasan yang lain macam sikit sbb aku suka explore and baca untuk dapatkan lebih pemahaman. Contohnya, aku arrange scripts untuk roleplay subjek Korean berdasarkan scenes yang simple, aku rakam aktiviti field trips dan assignments bukan sahaja sebagai bukti penglibatan tetapi jugak sebagai kenangan bila dah tua nanti, malah aku suka untuk tarik perhatian orang dengan cara aku sendiri.  

Aku bukanlah seorang ketua yang bagus. Ada masa aku perlukan guidance, ada masa aku terasa confidence. Aku tak rasa aku bagus dalam mengatasi masalah sebab aku tetap akan refer pada lecturer bila terjadi apa-apa. Aku salute orang yang boleh organize meeting dan mempunyai kredebiliti untuk bercakap kat depan. Aku masih belajar mencari dan menjadi orang yang aku harap aku boleh jadi suatu hari nanti. 

Masa kat kampus dulu, walaupun aku tahu aku tak berapa pandai sangat nak handle orang, tapi aku tetap support dan joined hands bilamana ada orang ajak aku join diorg. Kadang tu aku join main futsal untuk SuPRO, ada hari aku join main bola tampar untuk SuKOL, lain hari aku panjat level atas KPP 3 untuk tengok view, sikit hari aku join jogging, kadang yang lain aku merempit dgn Akmal Bahiah, takpun karang aku hantar diorg direct ke lokasi instead of dropkan kat stesen bas tepi tu.

Seronok bila sesekali kita keluar daripada comfort zone. Perasaan dia macam nervous tapi bahagia hahahah ayat macam orang bercinta. Tapi macamtu lah lebih kurang apa yang aku rasa. Sikit lagi aku nak naik bukit and panjat tangki air dgn Akmal tapi sampai kesudah takbuat sebab masing-masing sibuk dgn fyp. 

Biarlah celoteh ini berhenti di sini sebab kalau aku sambung rasanya taksudah sampai esok pagi. Aku nak nasihatkan untuk rakam apa sahaja memori sebab kita takkan tahu bila kita akan bertemu lagi. Bunyi macam puitis benorr ya post aku kalini hahahah yelah yelah aku stop menulis lah ni, wekk!


Yang ikhlas,

afifah0hsem

Friday, August 11, 2017

Customer Review: Agoda.com

Hi guys. assalamualaikum and gemorning 😁. 

Just now, I sent an email to Agoda.com for customer review eventho my booking has been cancelled. Below are the details:

***
Hi Agoda Team.

I am Afifah Hanani, and my booking for the hotel is on 16th August 2017 with a booking number of 206508353.

11 August 2017

I booked a hotel through Agoda on June 24. The payment has to be done using credit card, but instead I have debit card. It still can be used tho but since the payment have to be made internationally, i had to activate my international payment first.

Yesterday, i received an email saying that the payment will be cancelled and i was given 24hours to settle this issue. I called Agoda on the evening saying about my card status and asked 2 questions:

'Can i settle this matter tmrw morning (since the bank is already closed)?'

'May I know until when is your 24hours?'

For Q1, they said I can settle it tmrw morning. For Q2, they said it's until 10pm the next day (it means on 11th August).

On 03:00 this morning, I received an email saying that my booking is cancelled since they didn't heard anything about this matter. Oh wait. Then who was calling you last night?

So this morning, I direct boking with the hotel itself with the same charges. I'm sorry Agoda, but your 24hours turns out to be 12hours.


Regards.
***

I noticed there were a lot of good reviews on Agoda.com, so here is one of the small flaws. They can still improve it. But, they deserve 3 stars from me!

Saturday, August 5, 2017

Berpedangkan Lidah

Assalamualaikum. Halo-halo Lullaby!

Haa. Terkejut, tersentak ke baca tajuk kat atas. Omo! Ape maksud 'berpedangkan lidah'? Sebelum tu, meh sini nak tanya.

Pernah dengar tak ayat 'kata-kata tu lagi tajam daripada pedang'? Inilah dia hiperbola metafora yang aku cuba maksudkan. Masih takpaham ke? Alamak, tampar diri satu kali please. Hahaha.

Secara bermadahnya, 'berpedangkan lidah' bermaksud segala sindiran, kata-kata tajam lagi menghiris sanubari yang ditujukan kepada individu sama ada secara sengaja atau tidak sengaja mahupun sama ada dalam keadaan marah ataupun rasional. Giteww.

Masa aku sekolah menengah rendah dulu, ni lah perangai aku, jadikan lidah sebagai pedang dan muka bertalam-talam umpama gunting dalam selimut. Aku ego. Dan ego aku sangat tinggi mengalahkan hidung aku yang ketot montot. Aku rasa aku sorang je yang betul. Aku sorang je yang boleh buat keputusan sama ada kau betul atau salah. Aku je yang boleh tentukan ape yang kau akan atau perlu buat lepasni. Omo. Dah macam diktaktor bunyinya. 

Iye. Itu aku. Dahulu.

Dan setiap manusia itu pabila diberikan peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik, jangan kau halang. But instead, be their backbone segala bone sampai kau boneless (gelak jahat dalam hati. kahkahkah) coz they really need it, badly.

Sebagai konklusi, walau macammana dan apepun yang kau katakan untuk katakan itu diri kau dan bahawasanya kau takleh berubah, kau tipu. Kau tipu diri kau, kau tipu secebis hati kau yang baik tu. Sebabnya, kalau aku yang namanya manusia macam kau ni boleh jadi lebih baik daripada seploh kali semalam, apetah lagi kau. Takpercaya? Meh cuba.

Friday, August 4, 2017

Lembaran Baru

Assalamualaikum. Hola-hola labu-labi! Hihihi.

Apa khabar semua? with faith and hope, aku harap dan berdoa semuanya baik-baik belaka sepanjang masa.

Berdasarkan tajuk di atas, meh sini aku nak bagitau. Haa. aku nak mulakan balik cerita blog aku ni. Dulu aku buat macam diari kehidupan, sekarang marilah kita buat tentang masam masin hidup bergaram hahahaha. k aku gurau je. 

Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, mehlah berkenalan dulu :3


Nama: Afifah Hanani
Umur: 20 + 3
Asal: Nismilan
Hobi: Gelikan hati dan perut orang
Cita-cita: Jadi 'bulu ayam' yang berjaya
Social Networks: @afifahHunuun (Twitter), @afifah0hsem (Instagram)

Long story short, inilah dia nafas baru sebuah euforiakami :')